hari pertama

jadi kebanyakan bangunan tinggi di tengah-tengah kuala lumpur tutup lampu.
kebanyakan rumah di sini juga tak segan silu untuk turut serta.

tapi?
jalan raya sesak , semua nak keluar melihat kegelapan ibukota.

jadi, terbukti tiada pun perasaan sedar untuk mengatasi masalah global warming ini.
semuanya hanya ghairah untuk jadi trendy dan up to date.supaya esok di tempat kerja dan di sekolah, orang tanya, kau tutup lampu?
kau boleh jadi one of them , dan cakap tutup.

oh ye, dan aku yang ingin ke kerteh , sebab keesokan harinya aku kerja, terpaksa tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang tak patut berlaku di malam, kononnya satu dunia sebulat suara
ingin membanteras pemanasan global. sepatutnya malam ini , semua orang di rumah dan menikmati kegelapan . mungkin orang perlu sedar CO yang keluar dari ekzos kereta itu penyumbang global warming juga.


---------------------------------------------

jadi sudahlah dengan isu kegelapan 60 minit.
hari pertama bekerja selepas cuti panjang 12 hari memang bukan hari yang produktif.
sangat-sangat tidak produktif.

aku tak tahan sangat, sehingga menyebabkan aku masuk ke tandas pelawat , besar bersih dan indah , untuk tidur 10 minit. nice.

you should try. lepas tu segar bugar tanpa sebarang masalah langsung.

tutup lampu pakai selotep malam ni

jadi hari ini hari yang satu dunia tunggu-tunggu untuk tutup lampu.
memang satu langkah yang menarik , pasti mahluk-mahluk asing dari luar bumi terkejut
bumi tiba-tiba bergelap. mungkin ramai yang sangka seluruh dunia blackout.

dalam sejam ini lah masa untuk mencuri baju-baju mahal di pusat-pusat membeli belah,
bawa lari kek di secret recipe, curi kamera leica yang beharga 13ribu atau raba gadis hot berhampiran anda. hahahaha

tapi , cuma aku nak ingatkan, ini hanyalah satu usaha simbolik untuk menunjukkan yang manusia menentang global warming. ingat ya, tutup lampu 60 minit tidak akan sama sekali menutup semua lubang-lubang pada lapisan ozone. dan ingat lagi sekali , tutup lampu itu hanya simbolik persefahaman.

mari belajar sains bersama lidah-lidah

ozone adalah sebuah molekul yang terdiri dari tiga atom oksigen atau ringkasnya O3 dimana oksigen yang kita sering sedut adalah O2 iaitu dioksigen. lapisan ozone ini, atau O3 akan terurai
apabila ia bertindak balas dengan O. iaitu single atom oksigen....
maksudnya ia biasa memang berlaku , cuma perlahan-perlahan dan jarang-jarang.

tetapi dengan kehadiran radikal bebas , seperti klorin (Cl) ,nitric oxide (NOx), Bromin (Br) tindak balas kimia ini akan lebih cepat. dan radikal bebas ini hari-hari kita buang , cuma dalam kuantiti yang sedikit. tapi ialah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


salah satu lagi punca pemanasan global ialah pembebasan CO2 yang berlebih-lebihan.
kebanyakannya berpunca dari penjanaan elektrik menggunakan bahan api fossil seperti natural gas yang digunakan di seluruh dunia.

jadi bayangkan lah. kalau kita setakat tutup lampu 60 minit, dan gembira ... keesokan harinya,
semua seperti sedia kala.


ada beza ke?

jangan jadi orang yang buat sebab trend , tapi tak faham apa-apa.

kings of leong

jumaat malam sabtu, nothing special today.
semua macam biasa. hujan lembab basah-basah.
sihat pon belum sampai kepuncak. walaupun setiap minggu menuju puncak.
haha. hari ni aku tonton one in a million, dan aku terpaksa potong zakar dan mengaku,
tomok memang something.
cuma perlu tukar nama pasti cool.
haih. oh ye.

aku luang masa sejam tadi , untuk ke midvalley sebentar mendapatkan cd 'kings of leon'.
aku tak pasti sejak bila wujud adik-beradik yang lebih cool bapak dari 'jonas the sissy brothers', jackson 5 dan KRU. kegembiraan aku yang sungguh diluar dugaan

terima kasih kedai music rock corner midvalley.
penat carik dari texas, new york ,florida, sehingga ke alamanda putrajaya, semua dah habis.
---------------------------------------------------------------------------

aku sedang gembira dengan safari yang seksi

kalau nak bodoh, jangan bodoh macam internet explorer 8


berus gigi dan mouthwash oral-me yang aku beli kat kuching


jadi aku cuba untuk jadi up to date dengan dunia maya.
malang tak berbau..

aku install internet explorer 8, dan dalam 10 kali aku guna ,
8 kali pasti not responding.

menatang lah.
..

hentikan ciptaan-ciptaan buduh seperti vista lagi.
eee marah maarah
-------------------------------------------------------
lebih baik layan oral-me..

seluar batik menambat hati


jadi harini hari khamis.
dengan hati yang gembira i keluar ke alamanda dengan mengenakan set pakaian seperti gambarajah yang dibekalkan diatas. seluar batik dan kemeja-t mogwai .
haha.
kalau i boleh record reaksi org tadi tengok uniform i hari ni,
memang i dah post kat sini.
dengan makcik muka masam bertudung dan bejambul dan abang yang mengeluarkan duit di atm cimb sebelah watson. tak pernah tengok lelaki kacak ke?
kelakar betul you all ni.

2 hari untuk mati


gambar masih tiada kaitan dengan entry




in life.
kita ada 2 hari sahaja. bukan 30 bukan 60 dan bukan 3.

yesterday and today
so live life to the fullest.

i have to do what ever i must now.


say thanks to my mom and dad everytime i finish eating.
salam tangan dan cium pipi setiap kali nak keluar rumah.
jangan segan untuk cakap 'i love you'..
kalau duduk jauh, selalu-selalu call, and selalu-selalu balik.


this is the least i can do.

sebab,

siapa kata aku ada esok?
----------------------------------------------

sajak wednesday jiwang


gambar tiada kaitan dengan entry .. (gambar noh dengan ag busking at klcc tahun 2006)


today i dressed to my very best
and hoping maybe we could meet
but perhaps it's still not good enough
so i'll just go home
and change to my yesterday's outfit.

a boring tshirt
my yellow shorts.
and go to sleep.

and hoping ,
just maybe tomorrow would end up differently.
-------------------------------------------------

when im sad, i took pictures of happy faces
because they remind me how to smile

nike dunk SB mid premium edisi terhad



aku tak tau sejak bila aku jadi shoe fetish. tapi selain kek lapis serawak
dan tshirt mogwai, aku juga bawa pulang ini.

oh seronoknya.





mocca






6 hari dah lepas, aku terbang ke kuching bersama azim khamis lepas jam 0700 hrs untuk wedding shirene dan ohm. tak sempat nak update tentang aktiviti malam bersama mocca rabu lepas . the gig was fine. cuma sound is not very nice dan suasana seperti jom heboh.

thanx to awin and khairil .

terima kasih juga kepada abang Q-bistro kerana sering buat saya gembira dengan pelbagai jenis ejaan yang salah. gamba bawah bertulis. rabonu loga yang sebenarnye ribena longan. tak tau kenapa dia perlu eja dua kali. padahal yang atas tu dah betul, rabina logan.. (ada lah bunyi sikit).sebelum ni ripenaloman.

gambar bukti rabonu loga.



gambar bukti ripenaloman
p/s : saya dengar, ully demam sebab nampak pocong. semoga sihat ully

sinaran pasport kegemilangan






sehari di imigresen memang boleh buat mual-mual dan gatal-gatal badan sehingga tak dapat duduk diam.

macam biasa. bila aku bosan .
aku mula pasang telinga dengan perbualan semua orang yang berjarak 2 meter dengan aku.
ye. dan aku akan dengar setiap patah perkataan.

dan disitu aku mula menjadi sangat judgemental.

awal-awal pagi aku. 12 tghari.
awal lah tu.waktu sedang beratur untuk ambil nombor giliran ..
belakang aku berdiri sepasang orang . aku rasa mereka ni baru kenal.
dan laki ni mungkin mahu untuk mengorat kawan dia ni.
lama aku berdiri tunggu.
tiba-tiba si laki mula bersuara.

lelaki : ey, ni memang 1st time ke buat pasport?
perempuan : haah
lelaki : lor yeke, habis tu , sebelum ni xde pergi keluar mana-mana untuk jalan-jalan ke?
perempuan : takde.. tu lah.
lelaki : omg. serius ke? kesiannye...
perempuan : aah. tu la.
lelaki : abang punya pasport dah macam-macam dah cop. lepas ni nak pergi paris pulak.
perempuan : la ye ke.

lepas tu aku dah tak pasang telinga. aku buat-buat pekak dan beharap untuk pekak sekejap waktu tu.

lepas ambil nombor, aku keluar pergi kedai makan-makan dari 1 sampai 4 petang. lama tu pon tak sampai-sampai lagi giliran aku.

sekali lagi, aku tunggu ..
terdengar makcik dengan kaca mata dengan wajah tua pulak ..

makcik : encik, ni kalau saya datang esok tak bawak anak saya boleh?
encik : tak boleh kena bawak.
makcik : kalau macam tu, boleh tak siapkan saya punya hari ni . tolong la saya sorang je.
(jam dah 1640 hrs)
encik : tak boleh lah puan, nanti kalau saya tolong puan sorang, lagi 2 3 orang datang minta saya tolong jugak. tak boleh la macam tu.
makcik : tak kan x boleh consider kot?
encik :maaf puan. memang tak boleh.(dengan nada bersopan santun maximum)
makcik : kalau macam tu xpelah. tak boleh nak consider langsung. huh!!! ( dengan nada bitch)

anak makcik( umur lingkungan 10 - 12 tahun) : kenapa mak?
makcik : entah la, bangang sangat. tak boleh consider orang langsung. huh (sambil menjeling gaya makcik-makcik)


nanti cakap budak-budak tak reti hormat orang.
tengok lah from whom are they learning?

cekidautt

solitaire analog dan list comparison




suatu permainan nasib. kemenangan ditentukan sejak mula deck di shuffle.
aku bosan sangat harini. siang-siang semua orang biasa kerja. tinggal aku yang special je di rumah. kerana sangat jemu dengan digital dan alam maya, aku main solitaire analog di ruang tamu sambil menonton sweeney todd
malam semalam kerja memang basah. hujan yang tak henti-henti.
aku dengan baju hujan ropol-ropol kehulu-hilir dengan basikal, sebab truck dah habis orang lain pakai.
semua pumphouse naik air, kalau tak faham apa itu pumphouse, pumphouse ialah
rumah pump. Teratak yang tiada dinding , dibuat untuk meletakkan pump.
kehulu-hilir aku dengan basikal di tengah-tengah hujan. membantu operator
dengan pump untuk mengeluarkan air dari pumphouse.
dan , lebih malang basikal tiada brek.
jadi, setiap kali hendak berhenti aku terpaksa seret kaki atas jalan dan lajak sehingga 50 m, (macam masa kecik-kecik nak pergi mengaji ) ,akibat dari kawasan plant yang sedikit berbukit..sheyt.
basah habis. kantoi boxer bunga-bunga merah
-------------------------------
oh ye.
lupa pula tentang list comparison semalam.
awek 1 - masak sedap
awek 2 - masak selalu masin
awek 1 -lepas kawin kena pindah jepun (sebab awek 1 orang jepun)
awek 2 - kena raya kelantan, every year!!
awek 1 - x banyak cakap
awek 2 - cakap lepas
awek 1- kaki cantik
awek 2 - jari kaki lagi panjang dari aku( housemate aku)
awek 1- jarang merajuk
awek 2 - cepat meradang
awek 1 - not virgin
awek 2 - virgin
awek 1 - makan babi, minum
awek 2 - islam , x minum x makan babi
awek 1- rich
awek 2 - rich

perempuan satu atau perempuan dua




gamba tiada kaitan dengan entry.. saja taruk kasi meriah

hari ni aku bangkit dengan miskin rm800 dari semalam. gara-gara bayar sewa rumah 4 bulan.
sebab takde receipt so tak boleh argue dengan tuan rumah yang menuduh kami tak bayar sewa bulan 2 lagi. jadi dia mintak bayar bulan 2 sampai bulan 4 , plus housemate aku bayarkan bulan 1 untuk aku waktu aku pergi kursus sebulan di kuala lumpur. total rm800.
haih. baru ingat nak saving banyak sikit bulan ni.
sheyt.
harini kerja malam.
lebih fun. tak banyak kerja.
ok. pernah tak jumpa lelaki yang main kayu tiga, lepas tu runsing
nak membuat keputusan memilih yang mana satu patut tinggal dan siapa patut pergi.
haha.
housemate aku siap buat list.
positive dan negative characteristic, for both of them.
sumpah funny.
nanti next time aku tunjuk list tu.
haha. hahahaha
some of them are,
awek 1 - pembersih sangat
awek 2 - pembersih normal
awek 1 -mandi sama-sama
awek 2 - mandi asing-asing
awek 1 - biasa, x jiwang
awek 2 - suka peluk tak tentu pasal

hehe. and the list goes on ...


muka warna warni


aku lukis wajah warna-warni ini setelah
melihat MU kalah 4-1 dengan liverpool di padang sendiri..padan muka, belagak lagi.
walaupun aku tidaklah suka menonton perlawanan bola sepak.
tapi ianya tidak dapat di elakkan apabila mempunyai housemate yang gila bola dan af dalam masa serentak.
memang nice ah libepul .

today in saturday

2nd day kerja minggu ni, di kala manusia lain sibuk bercuti dan makan percuma
di majlis-majlis makan percuma seperti kenduri kahwin dan hari keluarga.

oh ye, waktu sedang sibuk duduk bermain pinball di pejabat,
aku macam terfikir.

kalau dah minum arak, beromen dan isap ganja sekali gus, kenapa perlu risau pegang kasut kulit babi?


haha takde kaitan pon dengan apa-apa.
aku cuma terfikir

backpacking


harini i pergi sembahyang jumaat.
malam i masak.
then selesaikan booking flight to bangkok dengan perempuan pendek dari kutub selatan.

sesiapa ada tujuan untuk aku di bangkok?
aku hanya boleh terbayang perempuan batang je setakat ni, dan pasar terapung-apung.

haih.....
takde point menarik i malam ni.
selain dari penat mengorek saluran sinki yang tersumbat dengan minyak beku,
hasil dari frekuensi memasak yang tinggi..
marah betul i,
lepas cuci mangkuk belanga,
air di lubang dapur mula meningkat tinggi.
i almost pengsan sebab panik.

nasib i baik i mampu berfikiran waras.
i lari keluar rumah,
mula mengkurik kurik lubang
sehingga semua air dan pepejal-pepejal meleleh deras....

.. penat nye malam niiiiiiiiiii.
nasib baik i masak dilisyes

tak seronok pon jadi bomba

jadi harini hari terakhir training memadam kebakaran. kerana keyakinan tinggi, aku di paksa menjadi ketua pasukan memadam api. dalam pasukan memadam api, ketua adalah orang yang akan mati dulu kalau meletup sewaktu proses menutup punca api. kerana dalam kumpulan, leader akan pergi ke paip yang mengeluarkan punca api dan tutup.

hero lah kiranya.

pada hakikatnya , semua nak aku mati dulu. fineee...

tapi sebelum tu, semua orang memberi semangat dengan mengusap-ngusap keychain penis, termasuk pakcik usop yang bermuka bengis kadang kala.
...........................

burn cuti aku hari ni dan semalam, mujur boleh claim overtime.
esok kerja. dimana hari jumaat merupakan hari gembira untuk kerja,
tiada bos dan tiada manager.

takpe. next week cuti 12 hari.
padan muka semua orang.

cirit birit is not nice


hari ni aku cirit birit yang tak berapa serius.
jarang-jarang lah, but still.

semua gara-gara sardin dengan 7 biji cili padi .

housemate : aku rasa nak best , kita taruk 8 biji.
lidah : jangan, haritu, kite kan dah kena.
housemate : ala, baru sedap..
selepas bertolak ansur, aku akur untuk taruk 7 biji cili padi merah kecik tu.
lidah : ok, 7 is my favourite number.

haha. layankan .
aku dah cakap. seeeeee...

dah la esok ada industrial fire training di Santong. salah sebuah daerah di terengganu.
tempat jin di tendang-tendang.

aku harap bila api marak, fire estinguisher aku x activate secara automatik.
kalau tidak.

habis.

aku masih tak boleh terima kenyataan aku dah tiada di perhentian yang wonderful.

haihh

no more fishes and coral today


hari ni cuti,

malas nak masak lunch , penat masih banyak lagi.

bangun-bangun tido je aku bangun dan keluar bilik berharap boleh tengok coral dan air laut yang biru jernih.


tapi, ada rumput-rumput dengan ayam je.
tadi sambil mandi tengok cermin, dah macam penguin, separuh hitam separuh putih.
nasib situ putih pinkish in color lagi


weekend getaway






3 days and 2 nights was never enough for mothernature.
the water was so blue, ikan pon jinak-jinak berenang sekali dengan i.
haih.. i dah totally tanned.



la dy ga ga co ol


thanx fad potopelir and diba for the lovely penis



mari gerak kan pinggul ke kanan sambil packing barang mendengar poker face , lady gaga.

goodbye sorrow...

im leaving to perhentian esok pagi-pagi buta.

wuuuu wuuuu excited macam beruk kena kangkung goreng belacan.
aku tak peduli apa dah.
nak cutiiiiii.
rehattt

nak makan nemo dengan penyu hidup-hidupp.

sighhh


im at the bottom-est of my life.


today is not fun at all


when you have a father, who works everyday.
but still have problem with money.
and when he come home, he went straight to his lappy,
and chatted until 430 am. everyday..
and at the same time you have a lonely mother at home.

macam mana?

kadang-kadang, people need to realize,
we don't need money that much,
we need a father in this family.

...

since i can remember,
we never went anywhere together.
vacation memang tiada dalam kamus.
dinner pun once in a blue moon.

..........

pakcik operator sini lagi banyak borak dengan aku.


..

fi sher man









today's menu



haih. its been a while since i last cooked. sebab tinggal sorang-sorang,
rugi masak. aku sorang je yang makan.
tapi memandangkan aku dah beli kangkung last sunday.
dari kecut , baik kecut dalam perut aku.
so aku goreng ikan , telur dada and my all time favorite kangkung goreng belacan.
..............................
i once read,
when your hobby become your job,
you will live happily ever after.

najmi 6

musim tengkujuh, hari-hari hujan.
kawasan batu rakit memang tak terelak dari banjir.
hari graduation aku tak sama dengan budak-budak universiti.
tiada yang istimewa. tiada jubah atau protokol.

2 tahun macam tu saja.
kerja tak ada. aku hampir-hampir putus asa dengan hidup baik.
aku hampir-hampir kembali ke belakang jalan.
lorong gelap aku dulu.

entah macam mana, aku boleh tergerak hati untuk ke kuala lumpur semula.
tapi sekarang aku dah tau apa aku nak buat.

aku terus ke putrajaya. sebuah company supply aircond untuk bangunan.
GDC. untuk yang tak tau, GDC tu Gas District Cooling plant.
supply aircond untuk putrajaya. Ada sebuah lagi kat klcc, tapi aku dah muak dengan bandar .
kali ni aku nak pergi ke pinggir sedikit. to live a decent life.

aku menyewa di presint 7, pangsapuri.
kebetulan jiran aku indon. perempuan.
sumpah lawa. aku tak tau kenapa orang cantik macam ni kena kerja keras untuk hidup.
dah boleh jadi model dah. tinggi kulit putih gebu. tapi slang indon memang kaukau.

mula dengan aku nampak dia sidai seluar dalam, lepas tu aku terus berani nak tegur dia.
mungkin seluar dalam dia menarik, dan warna sesuai buat aku tertarik nak kenal dia lebih dekat.

Alvin, gadis kristian indonesia yang sangat comel.
gerammm. ngap ngap. Housemate ramai macam boleh penuh satu bas mini.

Setiap hari, aku pasti dinner dengan Alvin.
hujung minggu aku bawa dia ronda-ronda naik motor aku.
mandi air terjun, tengok wayang.

semua kawan aku kata dia dah bomohkan aku, tapi aku tak kesah.
orang cantik macam ni nak bomohkan aku, ajak aku kawin on the spot pon aku nak.

bersambung nanti