sejarah


2009

2008

2007

2007

2006


satu hari nanti, kalau buka buku sejarah, mesti ada kita.

tak perlu 100 atau seribu tahun, 4 tahun lepas pon sejarah, semalam pon sejarah.
sesuatu yang kita boleh lihat balik.
dan belajar.

bukan sesuatu yang perlu kita hafal dan lupa selepas peperiksaan.

oh baby, hitam nya you



nafsu tu memang naughty. rasa gatal kaki nak singgah sole what.
aku hampir-hampir sambar kasut bewarna silver yang boleh membantu memancarkan cahaya.
tapi lepas dipertimbangkan semula dan atas nasihat akak counter yang comel.

yes saya lebih suka baby kaler hitam.


*rupenye PF tu maksudnya posture foundation.

tarmizi zakaria



teringat waktu mula-mula sampai kerteh,
aku tak kenal sesiapa pun. datang sebatang kara, kereta takde , motor takde.
pada masa yang sama, ada lelaki berkulit gelap berumur 29 tahun, berasal dari kelantan register sama-sama dengan aku. waktu hari pertama di pptsb, aku dgn mizi tetidur sebab kena duduk dari pkl 8 sampai pkl 5 kat sofa di HR department.

jadi, di tempat baru ni aku kena cari rumah sewa . tapi aku takde kenderaan nak pergi cari rumah . jadi, selepas pkl 5, tarmizi hari-hari bawa aku dengan motorsikal dia pusing kertih dan paka cari rumah sewa. HARI-HARI.. sampai lah aku dapat rumah.walaupun sebenarnya, baru je kenal haritu. which is ahad, 17hb Ogos 2008.

first time tu, helmet pon aku takde. pakai safety helmet je.
lepas seminggu di terengganu, aku dapat dah rumah sewa di paka.
waktu tu, housemate aku ada kereta, jadi pergi kerja dan balik kerja hari-hari tumpang housemate, akmal.

cuma, waktu balik.. ofis aku habis kerja lebih awal setengah jam dari ofis akmal.
jadi setiap hari, lepas kerja, tarmizi akan teman aku depan gate sambil hisap rokok berbatang-batang tunggu akmal sampai. lepas akmal sampai ambik aku, baru mizi balik. perkara ni berlanjutan setiap hari sampai aku beli kereta.HARI-HARI..

waktu dia dapat duit lebih sikit main forex, dia belanja aku makan tengah hari.
tak pernah lokek.walaupun sepatutnya aku yang belanja mizi,
mana boleh anak buah belanja supervisor ...hmm

he was a great man, a good friend and a good sub.
hm. tapi pagi ni, 0830 hrs, 14th Nov 2009, aku dapat phonecall dari ofis, mizi dah takde.
meninggal dunia selepas accident di kemasek.

sekejap. sekejap je kalau tuhan tu kata,
mati, mati lah dia. tak sempat nak merasa nasi minyak mizi.
patutlah bila aku tanya, bila nak kawin, dia kata nak tunggu aku kawin dulu.
sebab kalau aku yang tunggu mizi, mesti tak kawin.

semoga arwah ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
you will be missed. definitely my friend.

Al-fatihah

sounds from the kitchen


lapar, tapi malas nak keluar makan. tak tau nak cakap apa.

saya tak mintak banyak pun, hanya nasi dgn sup tulang je.
haih. itupun susah.

apa nak buat kalau awak ada 12 orang kawan chinese look?

selain buat 2 team bola keranjang, atau satu team bola... kita boleh buat artis pop berkumpulan.
macam mana la nak bayar show ramai-ramai macam ni.
kalau tukar orang pun agak nya takde orang perasan.
kemudian seorang nyanyi 5 patah je perkataan dalam satu lagu.

"lembu ko lembu ko"




haha. "lembu ko lembu ko"

sory, tapi takde benda menarik dah ni.
minggu ni kerja 6 hari. penat. dengan plant trip.
substation kena sambar kilat.
kerja 6 hari. zarif memang amik cuti pada masa yang tepat untuk aku ganti.
haha.

lembik dah ni. semua pun lembik. satu je keras.

confident level dah 100%


good morning kerteh. pagi-pagi dah hujan. nasib baik harini kerja malam.
semalam dah mc satu hari tebaring . gara-gara cirit birit ,mual-mual dan demam.
kalau i perempuan mesti i ingat i pregnant. nak kentut pun jaga-jaga. risau tersalah langkah..
i tak nak terkeluar sesuatu yang i tak rancang.
terima kasih dgn ubat carbon tu, semua dah keras. takde lagi warna warni,
kelabu, hijau, kuning, cokelat. i am back in action.
sekarang i boleh kentut kat mana-mana i rasa i nak.
keyakinan sudah handered perseng.

curi curi dan curi lagi




masa buka fotopages, orang curi gamba kat fotopages lepas tu mengaku dia punya.
lepas buka blog, orang curi entry blog pulak lepas tu mengaku dia punya.
ni buka flickr orang curi gamba kat flickr pulak mengaku dia punya. haishh.
macam macam manusia ni . nak kan perhatian. tak boleh blah siap taruk watermark

"atomdynamite photography" gila babiii takde telorr.nasib dia sempat delete, kalau x aku nak print nak frame. haha haih

nah..http://flickr.com/atomdynamite
ni je yang sempat aku print screen. yang lain dia dah sempat delete.
haih. sukar nak kata , tapi manusia bodoh ada dimana-mana. gamba dia aku tak sempat save,
ada kat chot punya flickr. tapi aku x faham kenapa chot privatekan gamba si bodoh ni.
sorry, aku benci orang-orang macam ni. lemah lepas tu bodoh.
fuck!!