you studied abroad. ok fine. so?

haha, saja propa title entry kali ni.
yeah yeah.
ok. jadi status fb i buat orang marah dan membunuh sesma sendiri.

" saya tak faham knape sesetgh org bangga sbb pernah belajar@tinggal di US.x rasa mcm loser ke? "

jadi, to make things clear, as freakin clear, baik I ulas lebih di sini supaya tiada lagi jiwa yang terkorban.
..

QUESTION
Why should you feel offended dengan statement i kalau you sekadar study abroad ?
I tak cakap you loser or pathetic sebab you studied abroad. please be clear.

You loser if :
you pernah belajar di luar negara atau melancong then bila balik sibuk cerita how good these countries are, maki hamun negara sendiri, dan keluar ayat-ayat macam:

a) "malaysian ni bodoh ini bodoh itu jahat ini jahat itu, and masa I kat US dulu,
Americans are baik ini baik itu hensem ini hensem itu , dan you guys patut bersyukur sebab dapat girlfriend dan bla bla bla"

b) "malaysia is sooo boring, i wish i could go back to UK and stay there forever"

c) "haih, rindu nya kat US, malaysia is so eww"

its not me to judge. yes, tapi i have my opinion. kan?
its not like im being a good citizen yang bangga dengan negara sendiri,
tapi at least, don't brag about something which is not yours.
sebusuk-busuk ketiak pun, still ketiak kita. bukan ketiak madonna ataupun brad pitt.
kita takkan bangga dengan bau wangi ketiak orang lain kan?

the concept is the same.

tak menarik kan macam tu?

macam stinky dan busuk.
macam bau basi.
macam rasa masam dan tak sedap.
macam ewww.

NHS

awak pernah dengar tentang NHS?
pernah masuk hospital percuma?
pernah melahirkan anak percuma?
pernah dapat ubat percuma?

maybe kita pernah masuk hospital percuma dengan servis percuma.
dan servis yang kita dapat adalah servis kelas Z.kelas paling bawah.
dan kalau ada batu karang dalam perut, maybe batu karang dah besar batu cave.

harini saya belajar tentang NHS. national health service.
1. ubat diberi percuma kepada sesiapa yang tidak bekerja dan memerlukan ubat.
2. bagi yang bekerja, ubat sekali amik beharga 6.65 paun atau lebih kurang 10 dollar.
3. untuk yang tidak mampu, akan diberikan duit setelah keluar dari hospital untuk bayar tambang teksi.

semuanya macam terlalu indah. terlalu sempurna kerana bila apabila ada seorang rakyat amerika yang naif bertanya kan kepada semua orang di hospital tentang bill, mereka hanya gelak. semua, staff dan pesakit. kenapa mereka gelak?
kerana tiada siapa pernah tanya tentang bil di hospital.

dan quote yang paling menarik adalah dari salah seorang menteri yang ditemu bual bagi menjawab soalan seorang rakyat amerika yang bertanya..

"macam mana negara ini boleh membuat sistem perubatan yang percuma?"

dan si menteri menjawab

"if we can find money to send people to war, to kill people, why cant we find money to safe life?, hak untuk hidup sihat adalah hak semua orang, bukan hanya bagi mereka yang berduit"

super nice.

Bila kita fikir, doktor yang bekerja di hospital yang memberi servis percuma tentunya mendapat gaji yang sedikit , atau mungkin kerja suka rela. tetapi tidak,
gaji bulanan mereka mencapai tahap rm57000 sebulan.85000 paun setahun.


apa lagi yang kita mahu?

officer

I kerja dengan pakcik-pakcik.
majority semua memang pakcik.
muka garang dan makan orang.
especially abang usop.

tapi, selalu jugak I berbual dengan abang usop.
lagi selalu dari berbual dengan papa.
jadi satu malam, I tak sure bila,
kami bercakap tentang polis dan hakim.
padahal sebenarnya semua tak puas hati sebab dapat surat
warning saman trafik. I ada lah saman dalam rm900.
dan nampaknya i tak bersendirian, ramai lagi yang dapat surat warning.
terima kasih.

jadi abang usop cerita tentang idea dia.

kenapa polis trafik ketika memandu boleh bawa lebih speed limit dan tak perlu pakai talli pinggang. tapi, saman kalau kita tak pakai seat belt dan memandu lebih halaju.
kenapa macam tu?

sebab , macam mana hebat pun polis trafik, undang-undang trafik yang dia sibuk-sibuk suruh kita ikut, dia kena buat juga. semua alasan pun tak boleh pakai.
semua tu kencing .

kalau macam tu, hakim sebagai penjatuh hukuman, akan jadi orang paling berkuasa dalam dunia. boleh membunuh,rogol, curi dan raba-raba kerana, mereka yang jatuhkan hukuman.

jadi konsep sebenar kehidupan ni , kalau nak suruh orang pakai tali pinggang, diri sendiri kena pakai dulu. kalau nak suruh pandu ikut halaju, sendiri kena buat dulu.
dan kalau kerajaan tak bagi main mercun, sendiri jangan main bom letup-letupkan orang monggolia.

opss. haha

sakit perut dan satu kosong

satu dua tiga empat
lima enam tujuh lapan
sembilan sepuuu luh.

banyak nye.
lama simpan nih.


congrates malaysia,
menang bola. nice.
seronok tengok mak i excited jerit-jerit kat luar tengok bola.
haha.

16 december

bulan ni, every week balik kl.
kira-kira dah seribu dah duit minyak campur tol.
haish. tapi harini kena balik.
birthday adik i. dah 17th dah.
tinggi panjang.
so i bawak dia tengok AVATAR . 4 kali i beratur nak tunggu 30minit kaunter buka seat untuk orang yang booking tak redeem ticket. nasib baik berjaya walaupun seat D.
A B C D. ye , 4 dari depan. walau bagaimanapun, fikir positif, D adalah lebih baik dari A. lagi patah tengkuk.

jadi, hadiah untuk adik i tangguh sebab abang dia miskin kali ni.
miskin tahap najis nih. serius.
cuma I berjaya cover dengan buat muka kaya depan semua orang.
haha

happy 17th birthday my nigga ;).

you are a big fan of yourself.

maybe, u have a big mirror in your room,
dan setiap kali sebelum keluar rumah,
dan bangun pagi .. u berdiri depan cermin dan rasa bagus tentang diri sendiri,
maybe u cium dan jilat imej u sendiri depan cermin kerana terlalu mengagumi diri sendiri.

an excellent business man, suka membantu orang tua,
rajin menolong orang lemah, terutamanya kanak-kanak.
dan setiap nya dilakukan dengan keikhlasan level yang puncak sekali.
paling ikhlas di dalam dunia.

u tau macam mana i tau semua ni?pasal semua kebaikan dan kehebatan u ni?
tak pe, takpayah pening-pening. u sendiri yang cerita kat semua orang.

haha. hehe. kelakar kan. i pon rasa kelakar.
takpelah, at least i ketawa harini tengok gelagat u.

oh ye, i was blog hopping today,
i jumpa benda menarik kat blog aliaginger .. menarik..



i am a big fan of shoes and humanity

terlajak kata buruk padahnya

nak buat macam mana. i kena cakap jugak benda ni.
haih. pening-pening lalat i.
mari kita cerita kisah yang kelakar ni.
ok lah.. Ada seorang budak darjah 2 yang baru reti mengeja,
tapi dah buka tusyen untuk kanak-kanak darjah satu untuk belajar ABC.
dan satu kelasnya adalah ikut dia keluar dan anda boleh bertanyakan apa sahaja soalan padanya.
dan bayar lah yuran rm 300 untuk keluar dan bertanya . hehe..
steve mc curry pon datang haritu free je. kau ni sekadar karipap,
haih. karipap pun bukan karipap sedap sangat, lain lah kalau karipap telo ikea.


come on. candid is not something you can teach, it's luck and observation.
tolong lah , duit tu boleh buat beli 50mm f1.8.
ops terlepas.hehehe

tak faham i. kenapa entah ada orang macam ni.
lepas ni i nak buat kelas photoshop lah.
macam mana cara nak duplicate layer dan adjustment saturation dan curve.

hehe. funny.
scene photo ni dah makin kelakar.
nak berenti lah amik gamba, nak tulis sajak macam fyn jamal.

berbasikal, hipster ataupun senaman

sejak dua menjak ni, gaya hidup berbasikal dah jadi satu trend semula.
makin banyak basikal-basikal cantik dan trendy. sama macam jaket kulit dan skinny jeans.
persoalannya? adakah kita pengayuh yang unggul ataupun sekadar hipster? sama seperti slr dan lomo dan polaroid dan skinny jeans dan custom tshirts dan ahli kugiran dan penyajak dan , oh banyak nye untuk i list kan. kalau tak 'true' , tak lama..

however, it is not a bad thing, plus benda-benda ni yang buat hidup kita warna warni.
I pun sejak dua menjak ni, banyak buat research tentang basikal,
fixie, single speed dan geared. mana yang lebih lojik untuk penggunaan masa panjang.

basikal pada zaman dulu hanyalah transportasi.tak perlu fikir panjang. dari kecil i guna untuk pergi sekolah agama dan pergi mengaji, hari-hari kayuh 5 km.tapi waktu tu tiada siapa rasa transport i menarik. kiranya i dah mengayuh lebih awal dari pengayuh pengayuh moden seperti mukhriz latif dan fad manaf.. hahaha sori moqh, sori fad. haha

itulah sebenarnya rahsia peha mantap i. makcik hayati, jiran i, mula hantar i dengan anak dia pergi sekolah agama naik van pun lepas tragedi anak dia jatuh basikal dagu bersagat atas tar masa turun bukit balik sekolah agama masa hujan lebat.

ok, berbalik kepada basikal , adakah berbaloi membeli fixie atau pun single speed ataupun geared? tak susah ke nak buat corner sambil mengayuh, dan break dengan cara skid apabila turun bukit dengan menaiki fixie.. hmm walaupun fixie nampak cool kerana boleh reverse dan takde break. tapi rasional tak? tak haus ke tayar belakang kalau setiap kali nak break kena skid?

adakah lebih baik kita mendapatkan single speed yang fungsi sama seperti fixie, cuma kita boleh rehat dari mengayuh , mempunyai break , dan tidak boleh reverse.

ataupun multispeed bicycle, basikal gear yang kita dah lama guna sejak kecil yang boleh kita adjust gearnya, mempunyai break dan tidak boleh reverse.

hmm.
macam mana?

video pilihan minggu ini


kalau benda ni jadi ketika rancangan BERSAMAMU, yang selalu di tayangkan di tv3, mesti dah kena santau sampai muntah keluar paku host rancangan tu.

amylea in wonderland (revisited)


saya rasa muka dia comel kali ni

bulan kesusahan



minggu lepas i balik, minggu ni balik lagi.
kerteh dengan kuala lumpur rasa seperti sejengkal sekarang.
seperti orang-orang kata, setiap pilihan kita ada consequences,
jadi keputusan untuk pergi 160km/jam dah ada consequences dia.
baru sampai last week. saman RM900, dan surat warning untuk black list.

perbelanjaan bulan ni dah jadi sangat ketat. dan lebih ketat bila flash i, sb900
jatuh masa photoshoot amylea. punah ranap dan gone. terpaksa beli baru, lagi 2 weeks ada wedding. haih.