

teringat waktu mula-mula sampai kerteh,
aku tak kenal sesiapa pun. datang sebatang kara, kereta takde , motor takde.
pada masa yang sama, ada lelaki berkulit gelap berumur 29 tahun, berasal dari kelantan register sama-sama dengan aku. waktu hari pertama di pptsb, aku dgn mizi tetidur sebab kena duduk dari pkl 8 sampai pkl 5 kat sofa di HR department.
jadi, di tempat baru ni aku kena cari rumah sewa . tapi aku takde kenderaan nak pergi cari rumah . jadi, selepas pkl 5, tarmizi hari-hari bawa aku dengan motorsikal dia pusing kertih dan paka cari rumah sewa. HARI-HARI.. sampai lah aku dapat rumah.walaupun sebenarnya, baru je kenal haritu. which is ahad, 17hb Ogos 2008.
first time tu, helmet pon aku takde. pakai safety helmet je.
lepas seminggu di terengganu, aku dapat dah rumah sewa di paka.
waktu tu, housemate aku ada kereta, jadi pergi kerja dan balik kerja hari-hari tumpang housemate, akmal.
cuma, waktu balik.. ofis aku habis kerja lebih awal setengah jam dari ofis akmal.
jadi setiap hari, lepas kerja, tarmizi akan teman aku depan gate sambil hisap rokok berbatang-batang tunggu akmal sampai. lepas akmal sampai ambik aku, baru mizi balik. perkara ni berlanjutan setiap hari sampai aku beli kereta.HARI-HARI..
waktu dia dapat duit lebih sikit main forex, dia belanja aku makan tengah hari.
tak pernah lokek.walaupun sepatutnya aku yang belanja mizi,
mana boleh anak buah belanja supervisor ...hmm
he was a great man, a good friend and a good sub.
hm. tapi pagi ni, 0830 hrs, 14th Nov 2009, aku dapat phonecall dari ofis, mizi dah takde.
meninggal dunia selepas accident di kemasek.
sekejap. sekejap je kalau tuhan tu kata,
mati, mati lah dia. tak sempat nak merasa nasi minyak mizi.
patutlah bila aku tanya, bila nak kawin, dia kata nak tunggu aku kawin dulu.
sebab kalau aku yang tunggu mizi, mesti tak kawin.
semoga arwah ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
you will be missed. definitely my friend.
Al-fatihah