kerja malam

semalam aku kerja malam.
malam ni pon malam .

penat.


tadi lunch aku oder laici beng dia bagi laici blend.
teruk sangat ke slang terengganu aku.
shit.

dah lah charge lebih 50sen.

next time memang aku cakap laici ais je.

najmi 5

cakap memang senang dari buat. senang sangat.
tapi biasalah.

separuh jalan , macam-macam timbul dalam kepala.
apa aku nak buat lepas balik besut? ke laut?
berapa sangat. sambil bawa motor, kepala aku fikir macam-macam.

cemas pun ada. sampai tol batu 3, makin aku pening.
macam mana kalau abang azhar cari aku nanti. dalam sejuk-sejuk 10 malam tu,
berpeluh satu badan. senang je abang azhar nak cari aku.
roadblock mana-mana dia boleh tunggu...

tapi kali ni aku tekad. betul-betul nak balik.
nak tinggalkan klang ,chow kit, zali, azhar, lokap, kontena dan sherry.
3 benda yang penting untuk aku bawa balik ke kampung,
motor, duit dan ubat batuk.


10 jam.
10 jam aku bawak motor sampai besut.
memang tekad. dan esok nya , naik kejang tulang belikat , serta sengal-sengal seluruh sendi.

lupa aku nak cerita, sambil kerja port klang, aku juga ada cita-cita.
aku apply untuk sambung sijil di instep, terengganu. electrical.

dan salah satu penguat aku balik sebab surat instep dah sampai rumah di besut..
2 tahun . aku sambung belajar. walaupun kadang-kadang menyesal.
bayang-bayang aku sebagai electrician dah hampir jelas.
cukup masa, dan duit, boleh buka kedai sendiri.
contractor pun ok.

nasib aku baik aku blah.
kawan-kawan sekerja dengan aku yang tolong abang azhar, ramai yang kantoi, mati eksiden motor, penjara.

nasib.
terima kasih nasib.



ubat batuk*

ubat batuk penagih adalah tidak sama sekali dengan ubat batuk breacol atau ubat batuk cap ibu dan anak. ubat batuk yang biasa di kedai, kandungan codin nya rendah hanya beberapa percent kalau nak compare dengan codin ubat batuk yang umpama air mineral aku ni. kandungan codin 100%. penagih kaya je ambil ubat batuk. yang miskin dan busuk hanya layan gam je.
tak best langsung.


sambung nanti

iklan


najmi 4

mula-mula aku kat klang, nak pergi shah alam seksyen 8 sesat sampai seksyen 28. pening kepala. waktu awal-awal nak belajar merempit. race dah habis baru aku sampai. bodoh betul.

biasa lah, awal-awal.
lepas dah setahun lebih, semua roundabout shah alam aku dah pusing.
bukan tu saja, polis pon dah jadi kawan .

masa mula-mula aku kena humban dalam lokap bukit aman. teringat lagi. kena sepak terajang dengan Penghulu Banduan. Penghulu ni, biasanya orang yang paling lama dalam lokap.
biasalah, mula-mula masuk mana aku tau adat resam masuk lokap.

kali kedua, aku dah faham dengan adat untuk masuk lokap.
pertamanya, kena beri salam. dan kalau boleh , nak masuk tu, kepit duit, 10 ringgit ke kat celah punggung. make sure tak kantoi, kalau tak 10 ringgit tu burn, badan pon burn kena terajang dengan polis.

ok. kali kedua ni, aku beri salam, dan tanya, siapa penghulu. lepas selesai , aku mengikut sebiji-sebiji procedure untuk masuk lokap yang paksu ajar, aku duduk dengan senyap dengan sedikit perasaan excited. bodoh betul aku masa tu. aku ingat lagi, aku ada tulis, najmi was here.

kemudian kali ketiga aku masuk lokap, aku memang betul-betul takde mood. dan masa tu aku baru sedar. tinggi tahap kebodohan aku ni. aku terus padam nama aku. sebab aku rasa tu lah badi , dan punca aku masuk lokap. tapi benda sama masih berlaku untuk kali keempat kelima keenam dan seterusnya. aku masih lagi menjadi pengunjung lokap bukit aman.

haih.

namun lepas kenal abang azhar ni senang dah. masuk lokap sejam je, mesti keluar dah. tak sempat sejuk pun duduk atas simen. macam-macam aku tahu tentang dunia sebenar lepas kenal abang azhar. aku tak pasti pangkat dia apa. tapi boleh tahan jugak samseng dia. masuk club memang orang respect.
masuk free, minum free. tapi aku tak minum. ubat batuk lah benda paling high aku minum.
arak sorry. aku lulus pafa dulu. sia-sia kalau minum arak.

tapi baik-baik abang azhar ni dengan aku, rupanya dia nak mintak aku tolong dia jual dadah.
masa tu, waktu zaman aku paling gelap. kalau satu hari takde sale, memang kena bambu lah.
tapi aku buat ni sebab aku pun nak pakai abang azhar.

senang nak keluar masuk lokap...
dalam setahun jugak aku buat kerja ni untuk abang azhar tanpa pengetahuan paksu.

lama-lama, macam baru datang kesedaran. aku kena stop.

satu hari tu, aku tinggalkan barang-barang abang azhar pada kawan-kawan aku.
aku terus kemas barang dan lari balik besut.

aku nak stop.

besambung nanti

iklan




najmi 3

setahun aku hidup di chow kit. lepas dapat motorsikal pertama hasil titik peluh aku, aku pindah ke klang. mencuba nasib di sana dengan kerja yang lebih terjamin . di sana , aku kerja di port klang. angkut-angkut kontena. kerja ni lebih seronok, walaupun penat sikit. hari-hari dapat geledah kontena. kalau ada syarikat-syarikat yang hantar barang menggunakan kontena dan tak daftar , silap lah. memang aku bawa balik. walaupun aku masih tiada kereta, aku dah ada rim kereta 4 biji kat rumah. tv flat screen, ps2, stok ubat batuk tak payah cakap.

kerja baru ni seronok, nak buat overtime pon senang. apa lagi bila supervisor aku duduk serumah, dan sama-sama kaki ubat batok.aku tak payah pergi kerja, tanda je bila nak overtime walaupun pada hakikatnya aku sedang tidur masa tu, supervisor aku sign je. kat sini, aku dapat kerja dari kawan paksu. sebab dia banyak kaki kat port klang. kalau ada barang bagus, mesti dia dapat dulu. networking kena bagus..banyak aku belajar dari paksu. cuma bila aku nak belajar amik ice, paksu maki hamun aku, sikit lagi dia nak belasah aku. hampir-hampir.

berguna jugak orang tua ni


sambung nanti

najmi 2 (cerita betul ni)

siapa kata susah nak hidup kat kl. aku boleh dapat income rm 2000 setiap bulan. tak perlu degree pun. aku mula bekerja dengan tolong kemas kedai bundle.satu kedai bayar sepuluh ringgit sekali kemas. dalam satu hari aku boleh dapat 8 ke 10 kedai untuk aku tolong kemas, packing or unpacking. cukup sebulan aku dah boleh berbelanja besar.aku kerja 4 bulan aku dah mampu beli motosikal sendiri, cash ok.

nak hidup. pandai-pandailah. jangan nak tunggu kena suap je. and aku tak kan makan duit haram.
kat chow kit, aku dengan kawan-kawan bawah jagaan abang Zali. dia yang jaga aku selalu, sebab aku selalu tolong kemas kedai dia. dia ada pesan " mu kalau ada siapa-siapa usik mu, mu bagi tau aku". aku memang lega bila abang Zali dah pesan macam tu.kat chow kit ni, siapa je yang tak kenal Zali misai.

beberapa minggu lepas tu masa aku nak balik rumah lepas kerja, datang 2 orang badan besar dengan parang nak mintak dompet dengan handphone aku. ok fine, aku bagi je. lepas dua gampang tu dah pergi, aku cari abang Zali, aku ceritakan kat dia, and setengah jam lepas tu, gampang dua ekor tu datang pulangkan dompet dengan handphone aku plus, janji tak usik aku lepas ni.

aku nak senyum rasa macam tak patut, jadi aku mampu rasa puas hati . puas sangat. dengan bulu roma menegak . hehe.

balik ke asrama.

orang yang aku mesti jumpa ialah akak Sherry. manis sangat orangnya. budak Sarawak.
aku dah belikan dia nasi bungkus hari ni, untuk alasan nak ajak dia makan sama-sama.
aku teringin sangat nak tau, kenapa orang cantik macam ni. akan berakir sebagai pelacur chow kit yang murah, at least mahal sikit, escourt kat hotel ke.
banyak yang aku tanya. waktu tu, mulut aku kurang insyuran , so aku tak fikir panjang untuk cakap .

najmi : akak kenapa kerja jadi pelacur?

tersedak sherry masa tu.

sherry: aku jadi macam ni, semua salah bapak aku, dia berhutang sana sini, judi, last-last takde duit nak bayar. aku terpaksa kerja nak bayar hutang-hutang dia. kerja ni je yang aku mampu buat. at least aku x mencuri . lepas habis hutang-hutang bapak, aku nak berhenti kerja ni dah.letih kena main hari-hari dengan orang aku tak kenal.

najmi : o, ok. akak, kalau saya nak pegang tetek akak boleh?

sherry: kau budak-budak lagi najmi. mana boleh.

najmi: ala, shit. bak balik nasi bungkus. hehehehe

sambung nanti......

najmi 1 (cerita betul ni)

kira-kira 6 tahun lepas di Besut, Terengganu, sebelum habis spm, aku dan kawan-kawan sekampung sibuk berangan , kami rancang, lepas tamat spm, terus pindah kuala lumpur.
nak ubah hidup keluarga. nak cari kerja sendiri nak survive. hidup dalam keluarga besar 13 adik beradik, dengan bapa hanya nelayan memang susah. serius.

dalam family, aku yang paling out. ponteng sekolah, minum ubat batuk tapi ice aku tak sentuh... semua sebab aku rapat dengan paksu aku, adik abah . hancur semua. duduk dalam lokap tu macam dah jadi aktiviti tambahan lepas sekolah.

hari pertama di kuala lumpur. rasa macam di eropah, atau mungkin di cina.
silap aku, mendarat di jalan chow kit. tak macam kuala lumpur dalam poskad. kaya, mewah no 1, exclusive dan mahal.

tanpa kenal sesiapa di KL. Aku hanya mampu menyewa di rumah tumpangan seperti asrama, betul-betul berhampiran lorong haji taib. Asrama tempat tinggal bermacam jenis orang. samseng, tonto, pelacur, peniaga bundle dan orang-orang muda macam aku yang baru nak kenal bandar besar kuala lumpur.
Selalu sangat, waktu aku mandi, tandas sebelah orang sedang sibuk beromen. jerit rengek tu memang dah selang seli dengan bunyi flush .

aku mampu tahan je, sebab walaupun mereka pelacur, mereka tak nak usik aku yang belum 18 tahun ni.Malah , aku pernah mintak dengan akak Sherry untuk pegang buah dadanya, tapi dia tak bagi. Budak-budak mana boleh katanya.

sambung nanti.....

berkarat


melayu ni besar, nama hazrin.

melayu yang kiri din, yang gembira tu azhar.

melayu ni nama firdaus, single. dulu kerja schlumberger tapi
balik malaysia and masuk petronas sebab nak join af.



cina ni mathew. cina klang tak reti cakap cina.( aku rasa lah). very nice.

i tengah lost ni, pening. rasa macam kena pusing-pusing otak i.
biasa lah. balik kursus petronas memang macam ni. 15 hari menghadap muka sama.

berkarat . kerja semua dah lupa. flow diagram hampir-hampir lupa.
and i dah tak ingat jalan nak balik kerteh.

mesti babi-babi hutan kerteh rindu i.
sama macam i rindu they all.
..............................................
kursus-kursus macam ni kadang-kadang buat i lupa, yang sebenarnya banyak backstabber, ass licker dan politikus-politikus di ofis.
tapi biasa lah, semua tempat pun begitu.
dan ini tak dinafikan sama sekali oleh siapa-siapa.
oh shit.
sempat i pesan untuk kawan-kawan i yang belum report duty.
" apa yang kita belajar kat sini, for 15 days ni, semuanya untuk ideal case (tahap kesempurnaan dan bila semua orang berperangai seperti keluarga brady bunch)"
semalam i bincang dengan kawan i.
betul ke budak clan UTP lepak dgn UTP je?( dengan nada provok) haha

y atim








kesesakan lalulintas di L.A.



i sempat curi gamba lelaki pakistan yang mengamuk .

dua minggu i menghilang. sibuk dengan kerja di L.A. outstation yang memenatkan.
pada mula i mendapat assignment untuk bertemu dengan wakil dari syarikat L.A ini ,
i ingat i dapat bercuti dan have fun with some chicks. tapi semuanya jadi miserable.
and i tak pernah penat macam ni seumur hidup i. lebih teruk dari zaman i muda-muda,
waktu i tolong emak bajak sawah dengan lembu kami, vicky.
lega i dapat rihat sekarang. bertemu beberapa teman baru.
sambil petik strawberi di kebun i di Aukland.
FUhhh..
tinggal beberapa hari saje lagi untuk i rehat macam ni before i
balik ke L.A dan sambung kerja.
malasnya nak kerja.
i ada teka teki seorang perempuan pendek dari kutub utara tanya i.
binatang ape sekejap hitam sekejap putih?

pencipta gps


i duduk dua dari kiri.

ini bukan gamba ajk tertinggi kelab geografi. tapi, ini gamba semua ahli kelab geografi.
ini pun sebab kena paksa masuk. dan i di paksa jadi pengerusi.

semua kelab telah di bebankan dengan sebuah taman yang perlu mereka hias dengan pokok-pokok, bunga-bunga untuk pertandingan taman tercantik.

tapi untuk i dan anak-anak buah i, we are really blessed.
tak perlu bercucuk tanam, sebab sekolah dah bulldozed our taman geografi yang before this pun hanya ada tolok hujan dan penunjuk arah angin.
kerja-kerja pembangunan ini bertujuan untuk meluaskan tapak parking.

jadi, compare dengan kelab-kelab lain, we are the richest club in the school, sebab we all ada parking lot.

pada setiap isnin, i xperlu berkebun. i hanya perlu duduk atas kerusi bawah canopy dan tunggu orang masuk parking dan bayar parking ticket kat i.

disinilah bermulanya asia parking sdn bhd.

pilih warna kegemaran



sekarang boleh pilih warna masing-masing...

-----------------------------------------------------------------------

hm. kecoh sekarang dengan berita india mati selepas soal siasat dengan polis.
dengan kesan-kesan lebam , dan cedera akibat besi panas.

siapa punya kerja ni?
tak perlu sesiapa jawab, semua orang boleh tahu.
kejam...

india pun manusia juga.
pencuri pon manusia juga.
selagi dia tak bunuh orang, i tak rasa dia layak kena siksa macam tu.
polis sendiri baik sangat ke?
kawan i , pernah cerita kat i,
masa dia di shah alam, polis sendiri minta tolong dia jualkan dadah.



macam mana tu?
belum kira dengan rasuah. natang.
kejam macam yahudi.

..
tak kan nak tunggu 13 mei sekali lagi?
inilah bila samseng-samseng diberi kuasa.
semua ikut suka hati mak bapak dia.
bukan u tak tau.
semua tunggu je peluang ni.
politician is chicken.
tak ingat cerita "perempuan cina" kena ketuk ketampi sambil bogel dan menggiurkan?
keccoh. mca semua kecccoh.
last-last perempuan melayu chinese look.
terus senyap.
renung-renungkan dan selamat beramal.
sekian,
lisa dari texas melaporkan.