najmi 5

cakap memang senang dari buat. senang sangat.
tapi biasalah.

separuh jalan , macam-macam timbul dalam kepala.
apa aku nak buat lepas balik besut? ke laut?
berapa sangat. sambil bawa motor, kepala aku fikir macam-macam.

cemas pun ada. sampai tol batu 3, makin aku pening.
macam mana kalau abang azhar cari aku nanti. dalam sejuk-sejuk 10 malam tu,
berpeluh satu badan. senang je abang azhar nak cari aku.
roadblock mana-mana dia boleh tunggu...

tapi kali ni aku tekad. betul-betul nak balik.
nak tinggalkan klang ,chow kit, zali, azhar, lokap, kontena dan sherry.
3 benda yang penting untuk aku bawa balik ke kampung,
motor, duit dan ubat batuk.


10 jam.
10 jam aku bawak motor sampai besut.
memang tekad. dan esok nya , naik kejang tulang belikat , serta sengal-sengal seluruh sendi.

lupa aku nak cerita, sambil kerja port klang, aku juga ada cita-cita.
aku apply untuk sambung sijil di instep, terengganu. electrical.

dan salah satu penguat aku balik sebab surat instep dah sampai rumah di besut..
2 tahun . aku sambung belajar. walaupun kadang-kadang menyesal.
bayang-bayang aku sebagai electrician dah hampir jelas.
cukup masa, dan duit, boleh buka kedai sendiri.
contractor pun ok.

nasib aku baik aku blah.
kawan-kawan sekerja dengan aku yang tolong abang azhar, ramai yang kantoi, mati eksiden motor, penjara.

nasib.
terima kasih nasib.



ubat batuk*

ubat batuk penagih adalah tidak sama sekali dengan ubat batuk breacol atau ubat batuk cap ibu dan anak. ubat batuk yang biasa di kedai, kandungan codin nya rendah hanya beberapa percent kalau nak compare dengan codin ubat batuk yang umpama air mineral aku ni. kandungan codin 100%. penagih kaya je ambil ubat batuk. yang miskin dan busuk hanya layan gam je.
tak best langsung.


sambung nanti

7 comments:

Manager Kemat Hasan said...

dah buleh buat buku..

pak_owns said...

aiseh.da mcm megadrama le.tp best wa ckp lu.gud.gud.
*bule kasik cdgn kt rasid sibe nt.

kupaslaroren said...

baru nak mula hidup neh..

syuk said...

terus menulis weh

afdsmkad said...

pndai gak r dak najmi neh:)

hanakirana said...

thanks for sharing this with us.

Starry Eyed said...

next episode please.