kira-kira 6 tahun lepas di Besut, Terengganu, sebelum habis spm, aku dan kawan-kawan sekampung sibuk berangan , kami rancang, lepas tamat spm, terus pindah kuala lumpur.
nak ubah hidup keluarga. nak cari kerja sendiri nak survive. hidup dalam keluarga besar 13 adik beradik, dengan bapa hanya nelayan memang susah. serius.
dalam family, aku yang paling out. ponteng sekolah, minum ubat batuk tapi ice aku tak sentuh... semua sebab aku rapat dengan paksu aku, adik abah . hancur semua. duduk dalam lokap tu macam dah jadi aktiviti tambahan lepas sekolah.
hari pertama di kuala lumpur. rasa macam di eropah, atau mungkin di cina.
silap aku, mendarat di jalan chow kit. tak macam kuala lumpur dalam poskad. kaya, mewah no 1, exclusive dan mahal.
tanpa kenal sesiapa di KL. Aku hanya mampu menyewa di rumah tumpangan seperti asrama, betul-betul berhampiran lorong haji taib. Asrama tempat tinggal bermacam jenis orang. samseng, tonto, pelacur, peniaga bundle dan orang-orang muda macam aku yang baru nak kenal bandar besar kuala lumpur.
Selalu sangat, waktu aku mandi, tandas sebelah orang sedang sibuk beromen. jerit rengek tu memang dah selang seli dengan bunyi flush .
aku mampu tahan je, sebab walaupun mereka pelacur, mereka tak nak usik aku yang belum 18 tahun ni.Malah , aku pernah mintak dengan akak Sherry untuk pegang buah dadanya, tapi dia tak bagi. Budak-budak mana boleh katanya.
sambung nanti.....
2 comments:
x sbr nk tnggu the next part.
cam besh jew cter ni.
hoho...
dari kampung turun ke bandor..
mesti best jalan cerita nih..
Post a Comment