najmi 4

mula-mula aku kat klang, nak pergi shah alam seksyen 8 sesat sampai seksyen 28. pening kepala. waktu awal-awal nak belajar merempit. race dah habis baru aku sampai. bodoh betul.

biasa lah, awal-awal.
lepas dah setahun lebih, semua roundabout shah alam aku dah pusing.
bukan tu saja, polis pon dah jadi kawan .

masa mula-mula aku kena humban dalam lokap bukit aman. teringat lagi. kena sepak terajang dengan Penghulu Banduan. Penghulu ni, biasanya orang yang paling lama dalam lokap.
biasalah, mula-mula masuk mana aku tau adat resam masuk lokap.

kali kedua, aku dah faham dengan adat untuk masuk lokap.
pertamanya, kena beri salam. dan kalau boleh , nak masuk tu, kepit duit, 10 ringgit ke kat celah punggung. make sure tak kantoi, kalau tak 10 ringgit tu burn, badan pon burn kena terajang dengan polis.

ok. kali kedua ni, aku beri salam, dan tanya, siapa penghulu. lepas selesai , aku mengikut sebiji-sebiji procedure untuk masuk lokap yang paksu ajar, aku duduk dengan senyap dengan sedikit perasaan excited. bodoh betul aku masa tu. aku ingat lagi, aku ada tulis, najmi was here.

kemudian kali ketiga aku masuk lokap, aku memang betul-betul takde mood. dan masa tu aku baru sedar. tinggi tahap kebodohan aku ni. aku terus padam nama aku. sebab aku rasa tu lah badi , dan punca aku masuk lokap. tapi benda sama masih berlaku untuk kali keempat kelima keenam dan seterusnya. aku masih lagi menjadi pengunjung lokap bukit aman.

haih.

namun lepas kenal abang azhar ni senang dah. masuk lokap sejam je, mesti keluar dah. tak sempat sejuk pun duduk atas simen. macam-macam aku tahu tentang dunia sebenar lepas kenal abang azhar. aku tak pasti pangkat dia apa. tapi boleh tahan jugak samseng dia. masuk club memang orang respect.
masuk free, minum free. tapi aku tak minum. ubat batuk lah benda paling high aku minum.
arak sorry. aku lulus pafa dulu. sia-sia kalau minum arak.

tapi baik-baik abang azhar ni dengan aku, rupanya dia nak mintak aku tolong dia jual dadah.
masa tu, waktu zaman aku paling gelap. kalau satu hari takde sale, memang kena bambu lah.
tapi aku buat ni sebab aku pun nak pakai abang azhar.

senang nak keluar masuk lokap...
dalam setahun jugak aku buat kerja ni untuk abang azhar tanpa pengetahuan paksu.

lama-lama, macam baru datang kesedaran. aku kena stop.

satu hari tu, aku tinggalkan barang-barang abang azhar pada kawan-kawan aku.
aku terus kemas barang dan lari balik besut.

aku nak stop.

besambung nanti

12 comments:

Shooke said...

cerita makin hebat

kupaslaroren said...

kehidupan...

kekeks said...

najmi was here.

Jarri said...

ala..
dah xde cite sherry

bulanbintang said...

bro update ari2.. aku suke gile bace..
p/s ape jadi kt sherry bro?

shaf said...

u nikan lawak ar

afdsmkad said...

erx..najmi da insap..???uuuu..cont.le plak

Amar Abdillah said...

penulisan kau berunsur contoh teladan kpd aku. haha

macam2 yg kau telah eksperimentasikan..

phikool thong said...

cite kau da makin menarik..

Anonymous said...

sherryyy???

cadbury said...

that what we call life...

Anonymous said...

saya terkejut..rupa2 nya wujud dunia lain yg bg saya cukup pelik..dari dunia saya. mgkn saya xthu apa masalah anda..tp sungguh,saya bersyukur awak cabut lari besut...alhamdulillah...

kicaphoney