berbasikal, hipster ataupun senaman

sejak dua menjak ni, gaya hidup berbasikal dah jadi satu trend semula.
makin banyak basikal-basikal cantik dan trendy. sama macam jaket kulit dan skinny jeans.
persoalannya? adakah kita pengayuh yang unggul ataupun sekadar hipster? sama seperti slr dan lomo dan polaroid dan skinny jeans dan custom tshirts dan ahli kugiran dan penyajak dan , oh banyak nye untuk i list kan. kalau tak 'true' , tak lama..

however, it is not a bad thing, plus benda-benda ni yang buat hidup kita warna warni.
I pun sejak dua menjak ni, banyak buat research tentang basikal,
fixie, single speed dan geared. mana yang lebih lojik untuk penggunaan masa panjang.

basikal pada zaman dulu hanyalah transportasi.tak perlu fikir panjang. dari kecil i guna untuk pergi sekolah agama dan pergi mengaji, hari-hari kayuh 5 km.tapi waktu tu tiada siapa rasa transport i menarik. kiranya i dah mengayuh lebih awal dari pengayuh pengayuh moden seperti mukhriz latif dan fad manaf.. hahaha sori moqh, sori fad. haha

itulah sebenarnya rahsia peha mantap i. makcik hayati, jiran i, mula hantar i dengan anak dia pergi sekolah agama naik van pun lepas tragedi anak dia jatuh basikal dagu bersagat atas tar masa turun bukit balik sekolah agama masa hujan lebat.

ok, berbalik kepada basikal , adakah berbaloi membeli fixie atau pun single speed ataupun geared? tak susah ke nak buat corner sambil mengayuh, dan break dengan cara skid apabila turun bukit dengan menaiki fixie.. hmm walaupun fixie nampak cool kerana boleh reverse dan takde break. tapi rasional tak? tak haus ke tayar belakang kalau setiap kali nak break kena skid?

adakah lebih baik kita mendapatkan single speed yang fungsi sama seperti fixie, cuma kita boleh rehat dari mengayuh , mempunyai break , dan tidak boleh reverse.

ataupun multispeed bicycle, basikal gear yang kita dah lama guna sejak kecil yang boleh kita adjust gearnya, mempunyai break dan tidak boleh reverse.

hmm.
macam mana?

17 comments:

Shaira Amira said...

technical gila weh hat last tu.

J u l i a 。.゜✿ said...

berbasikal bagus

save the earth. =D

kejap lagi nak google pasal fixie, geared.. baru tau ni. =P

hawayou said...

reduce carbon printing!

anything for green!

biar hangit hangus kepala hitam.

Jarri said...

Try bawak beca yg ada enjin. Itu baru hip dan cool.

Zrq daniel said...

geared la best kot :)

ART:TECH said...

TAHNIAH!
U MEMPUNYAI PEMIKIRAN SAMA DENGAN I.
i dah kata kita patut bersama.

fixie ni semua trendy je.

dan aku mmg nk beli basikal.
basikal dgn freewheel dan ada brakes.
gear tu aku tgh pikir2kan lagi.

i mau basikal simple, tp fixie bukan pilihan yg bagus.

lidah me. please kareem.

Anonymous said...

pakai tayar continental x haus.

Unknown said...

nak join carik basikal juge la hehe
boleh race :p

Ashraf Fareeq said...

trend fixie lebih kurang sama macam trend skate.
cuma skate empat roda dan fixie 2 roda.
untuk jangka masa yang panjang, adalah lebih baik geared bicycle, tapi kalau kamu mempunyai lebihan wang, tidak salah untuk mencuba fixie.
kalau rasa tidak sesuai, boleh jual balik di online market.
boleh dapat untung sementara fixie ni tengah hot.
:)

NURSAKINAHBTMOHDSOLEH said...

berbasikal mmg dah jadi trend la skrg..disamping mengisi masa lapang..bagus jugak tuk kesihatan..berpeluh ;)

Anonymous said...

slr lomo n so on bukan trend kot. (bg aku la) bg ex student engineering mcm kite nih mmg ckp mcm tuh.

padahal nowadays, kokurikulum sekolah@ uni dh berkembang n segala mak nenek slr n lomo mmg wajib blaja kn. nk wat mcm mana. kalu tak, org keje company canon tak bley mkn, pasal takde org pakai camera canggeh2 nih. berbasikal....thumbs up!

lidah said...

kau yakin ke org lain x rasa mcm tu?

fad said...

aku mula-mula pakai prewel biasa (freewheel single speed).gatal nak tukar prewel mati(fixed).bila dah pakai fixed.jenuh lak aku nak kayuh.turun bukit pun mampus nak kejar pedal...pasni plan nak tukar balik single speed.tapi nasik baik aku ada 2 basikal leh tukar-tukar... tapi walaupun pakai fixed still boleh letak break apa...

lidah said...

ok fad. nice. weh fad. aku nak angkat jugak ni. aku jumpa kedai murah. tapi kat klang weh fad sayang

lidah said...

anoni: mana ada sekolah wajib pakai slr, uni pon mana ada. ikot course lah, kalau kau amik kejuruteraan kimia mana ada wajib.

plus, bukan aku seorang je yang rasa mcm tu, tak caya tanya fad. tak adil maybe untuk cakap aku judge macam tu kerana aku student engineering. sama je semua.

pisaut

hawayou said...

hep, this link is for you.

http://www.pastemagazine.com/articles/2009/12/the-evolution-of-the-hipster-2000-2009.html

otosan said...

rajin meluah