semalam anak encik fatah kena langgar tanker minyak

semalam seharian aku tidur tak sedar diri.
bangun untuk makan tengahari dan tidur sampai tengahpetang.
nak buat macam mana , minggu ni aku kerja macam musang.
jadi tidur pun mesti la macam musang.
tidur sepanjang siang dengan telefon mode senyap .
yang bunyi hanya alarm jam 620 petang.

sampai di ofis,
kecoh semua tentang anak fatah yang terjatuh motor ,
kemudian kepala dirempuh tanker minyak sehingga pecah berkecai.
ni cerita sedih.

tapi ada suara sumbang,
"yang cakap, mesti tak pakai helmet",
"hish dah la tiada lesen",
"nak buat macam mana, salah dia"

gila kejam korang. memang secara undang-undang jalan raya,
kau semua memang no 1, dan tepat, ye memang salah arwah kerana
bawa motor tanpa lesen, tapi kalau dia ada lesen pun tak mustahil untuk dia mati digilis lori juga.

jadi masa macam ni, tak patut untuk ada suara sumbang macam tu,
paling kurang pun kau diam,
tak perlu nak jadi polis dan bercerita tentang undang-undang bila kita ada kawan yang meraung,
histeria hilang anak tersayang.

berfikir lepas tu guna hati.
jangan cakap lepas macam tiada insuran perlindungan mulut.
kadang-kadang kita ni,
nak tunjuk bijak tak bertempat.

maut tak lihat ada lesen atau tidak.
pakai helmet atau tidak.

tetapi bila dah sampai masa,

kau dengan baju besi kalis ajal pun boleh mati.

the estronot


nak buat macam mana, kerja malam.. ngantuk.
here is an image of astronauts queuing up to download porn
to their hard drive at a cyber cafe

sequence


anak makcik sup


minggu lepas,
aku demam 4 hari, ada mc pon tak guna,
takda siapa nak ganti, jadi aku kerja dengan bawa mc ,
taruk atas meja.

itu semua tak penting,
petang tu , anak mak cik kedai sup,
darjah 2 mungkin, aku pon tak pasti,
tiada kudrat nak bertanya..

"ely taknak jadi kaya, ely taknak kerja, ely nak duduk sini je"

..
comel perwatakannya. fizikally aku rasa tidak..
mungkin dia dalam dunia fantasi lagi,
tak tahu hukum hakam alam.
tak terpengaruh lagi dengan perasaan tamak dan sukakan harta benda,
naif.

beza dengan kita,
dengan bapak kita,
yang hari-hari kerja . 30 hari sebulan 40 hari bekerja.
kalau cuti , badan rasa panas duduk rumah
dan sampai harini, aku tak pernah rasa bercuti sekeluarga.
beraya pon thru phone sahaja.

sesusah ely, aku pasti petang-petang ayahnya bawa ke kemasik bermain ombak.
tak perlu jauh. depan rumah pun boleh kira, asalkan masa bersama.

mm.

rabu bulan satu 27 haribulan

mari ambil semula mood menulis.
lama dah takda mood ikhlas macam malam ni.

baru je pulang dari bersembang dengan kawan-kawan free mason.
semua berkongsi idea sambil makan nasi kandar lauk kicap mamak pelita klcc .
taufiq pulak sibuk di meja hujung dengan mengayat awek fadza.
adi dan hidd pula dtg dengan hasil persetubuhan mereka, arjuna.. comel. 3 bulan dah.
lebih comel dari beruang dan kucing.
yang lain-lain macam biasa, aku fad joe dan azim kutuk sesama sendiri .

aku rasa, kita memang perlu ada sesi macam ni,
gosip panas-panas suam setiap minggu.

segar sikit aku dari kesibukan kerja dan politik pejabat.
semua nak tunjuk hebat. sibuk nak jatuh-jatuhkan rakan sekerja supaya senang
nak survive, nak makan nasi kena makan kawan dulu. macam appetizer .


one fine day

jayzuan in black and white


this was yesterday. bersetubuh dengan jayzuan.
lelaki bertubuh sasa sedikit dan buncit sedikit.
dengan ayat-ayat cinta yang tak berbelah bahagi.

titless

tit-less,,, bukan title-ss


semua orang ada reason masing-masing untuk menulis.
kadang-kadang tak perlu pun reason. write for the sake of writing.
macam doodle. xperlu reason untuk semua tu.

untuk i, i wrote for me,
apa i rasa pasal u,
tak kisah lah kalau i kutuk orang,
dah i jahat. bukan i hasut orang untuk benci sesiapa.

sini je i boleh maki u,
maybe setengah orang tak suka,
tapi what the fuck?

i kisah apa.
kalau tak suka go write a blog ,
jangan jadi macam bodoh busuk,
dan macam orang takde hasil.

go find a job
supaya boleh ada banyak duit macam i.

kenapa surat kabar kadang-kadang macam pelir

pelik sebenarnya bukan pelir.
tapi tak kisahlah . sama je.

pernah baca pasal kambing kat gig black metal?
lepas tu pernah baca tentang serbuk power untuk artis rancangan realiti?
dan latest, ajl dan free mason.

tak tahulah. knapa ada lagi manusia macam ni.
noh tu memang ketua puak iluminati. dia yang pesan karpet lantai supaya petak-petak hitam putih. dan bible yang sebenar ada tertanam di bawah stadium bukit jalil.

haha.
pelir lah

falling slowly



falling slowly
glen hansard and Marketa Irglova.

one of my fav track.

polisi baru tempat kerja i

kalau setakat siap kerja sekolah dan pergi kelas . jangan harap lah kassim.

kau kena masuk pengakap. lepastu jadi pengawas. kemudian masuk nasyid.
kemudian juara pertandingan shuffle peringkat daerah. orang pergi sekolah bukan untuk belajar, zaman sekarang ni, apa lah kau ni.

kalau takde semua tu, kalau cikgu tak kenal kau.
tahun depan kau kena buang sekolah la kassim.
jangan harap nak naik darjah dua

AJL in black and white

maybe dah a bit outdated, tapi I just want to share the pictures i've took during AJL last sunday.
Since everyone else is focusing on the stage, I'll show you what happen behind it..














and lastly, the mighty adorable yuna.

the guavas


cuti 7 hari jangan disangka tiada kerja.

a) album wedding 2 tak siap lagi.
b) idea untuk logo boyband jambu, IV flava, yang dulu namanya flava (peserta gangstarz) baru je siap beberapa minit lepas.
c) gamba flava untuk promosi.
d) scorecard kawan-kawan untuk PPA rating bulan April ni.
e) training statistical process control @ hotel istana 11-14th Jan.

haa, kan dah cakap. 7 hari cuti is not holiday after all.

I ada cerita sedih. tapi nanti lah I cerita. a very sad story ...
macam drama tapi too bad, its happen in the real life.

sepatutnya manusia x sekejam macam tu.
ni lebih kejam dari pembunuhan.

haih.

gaya koperat

dah setahun lebih i kerja,
i masih rasa bodoh dan zero .
i tak tahu apa yang i buat ni sebenarnya.
bukan i tak tau apa yang i buat secara literal,
tapi, macam , takda feel, kurang jiwa,
susah lah nak explain. macam merepek sangat .
macam. haish susah lah nak explain.

hmm bukan i tak suka kerja i,
i tengah belajar untuk suka.
walaupun hari-hari dengar orang membebel bukan lah benda menarik,
life is not about pretty fluffy things kan?yang cair dan busuk tu pun kehidupan.
banyak masalah i sekarang, confidence kurang, experiance pon 5 sen baru,

haih. macam mana nak survive lagi 20 tahun?
ataupun orang lain pun sebenarny sama je macam i,
semua pon tak faham kerja sendiri, tapi buat je,
just go with the floww.. cukup 23hb tunggu gaji.
semua buat-buat tahu, buat-buat pandai

maybe?

photomototos pusparastos






minggu ni i balek kl sabtu dan balek smula kertih hari ahad.
tunggu masa je untuk balik hari pulak lepas ni.
gile wei. penat weiii

teori senyum yang sempurna


photo: dua kanak-kanak gembira dapat bawa lari kaki tuk mudim



kalau orang tanya apa last request saya sebelum saya pergi, saya hanya ada satu.

tiada yang lebih menarik dari hari pengebumian yang dihadiri kawan-kawan yang disayangi,
sanak saudara yang dikasihi dan kekasih hati comel yang dicintai.

harini sudah 2 january. dan seperti biasa, seperti tahun-tahun lepas,
saya masih tiada azam. masuk tahun ni umur dah 25. tak tahu berapa tahun atau hari yang tinggal.
mulut jahat saya ni pun , sampai masa nanti perlu berhenti mengata.
saya tak pasti , tapi mungkin ramai yang terasa.

sekarang mari kita cuba bahagiakan seramai manusia yang kita mampu.
saya tak ingat bila, tapi saya pernah dengar tentang teori senyum.

smile and the world will smile back at you. teori ini adalah seperti teori MLM yang tiada bermodalkan apa-apa.

cuba senyum pada seorang stranger jika terserempak tepi jalan, pasti dia senyum .
jadi di situ sudah ada dua senyum, dan bila semua orang lakukan perkara yang sama,
pasti semua orang akan senyum.bayangkan 4juta manusia senyum, lagi 4juta akan senyum balik. dan bila 20juta senyum, 20juta lagi akan senyum balik. dan semakin bertambah, tambah , dan tambah.

jadi keluar dari rumah nanti, senyum. buatkan senyum adalah setting default muka bila
bertembung dengan sesiapa.

ini adalah lebih baik dari derma ikhlas cek besar untuk masuk dalam TV dan suratkhabar.