teori senyum yang sempurna


photo: dua kanak-kanak gembira dapat bawa lari kaki tuk mudim



kalau orang tanya apa last request saya sebelum saya pergi, saya hanya ada satu.

tiada yang lebih menarik dari hari pengebumian yang dihadiri kawan-kawan yang disayangi,
sanak saudara yang dikasihi dan kekasih hati comel yang dicintai.

harini sudah 2 january. dan seperti biasa, seperti tahun-tahun lepas,
saya masih tiada azam. masuk tahun ni umur dah 25. tak tahu berapa tahun atau hari yang tinggal.
mulut jahat saya ni pun , sampai masa nanti perlu berhenti mengata.
saya tak pasti , tapi mungkin ramai yang terasa.

sekarang mari kita cuba bahagiakan seramai manusia yang kita mampu.
saya tak ingat bila, tapi saya pernah dengar tentang teori senyum.

smile and the world will smile back at you. teori ini adalah seperti teori MLM yang tiada bermodalkan apa-apa.

cuba senyum pada seorang stranger jika terserempak tepi jalan, pasti dia senyum .
jadi di situ sudah ada dua senyum, dan bila semua orang lakukan perkara yang sama,
pasti semua orang akan senyum.bayangkan 4juta manusia senyum, lagi 4juta akan senyum balik. dan bila 20juta senyum, 20juta lagi akan senyum balik. dan semakin bertambah, tambah , dan tambah.

jadi keluar dari rumah nanti, senyum. buatkan senyum adalah setting default muka bila
bertembung dengan sesiapa.

ini adalah lebih baik dari derma ikhlas cek besar untuk masuk dalam TV dan suratkhabar.

13 comments:

Dayana said...

i've smiled at strangers but that stranger frowned at me. mesti dia ingat aku gila.

siggplus said...

:)

aku said...

abang lidah,kalu kite senyum pastu die buat fuck camner??

lidah said...

senyum je

Ayyman Rahim said...

Comel gila budak tu senyum. Kadang-kadang senyum dekat orang yang tak reti nak senyum memang buat sakit hati je. Tapi senyum je ah en, bukan kena bayar.

Ayyman Rahim said...

Comel gila budak tu senyum. Kadang-kadang senyum dekat orang yang tak reti nak senyum memang buat sakit hati je. Tapi senyum je ah en, bukan kena bayar.

Dammit said...

Law of attraction? jap, ape jadi dengan tok mudim tu?

S.I.D said...

:)

S.I.D said...

:)

capullet360 said...

haha.

tintin said...

senyum itu sedekah

nurul said...

x puas hati, itu kaki siapa budak2 tu pegang?

lidah said...

rahsiaaaa ahaha