semalam anak encik fatah kena langgar tanker minyak

semalam seharian aku tidur tak sedar diri.
bangun untuk makan tengahari dan tidur sampai tengahpetang.
nak buat macam mana , minggu ni aku kerja macam musang.
jadi tidur pun mesti la macam musang.
tidur sepanjang siang dengan telefon mode senyap .
yang bunyi hanya alarm jam 620 petang.

sampai di ofis,
kecoh semua tentang anak fatah yang terjatuh motor ,
kemudian kepala dirempuh tanker minyak sehingga pecah berkecai.
ni cerita sedih.

tapi ada suara sumbang,
"yang cakap, mesti tak pakai helmet",
"hish dah la tiada lesen",
"nak buat macam mana, salah dia"

gila kejam korang. memang secara undang-undang jalan raya,
kau semua memang no 1, dan tepat, ye memang salah arwah kerana
bawa motor tanpa lesen, tapi kalau dia ada lesen pun tak mustahil untuk dia mati digilis lori juga.

jadi masa macam ni, tak patut untuk ada suara sumbang macam tu,
paling kurang pun kau diam,
tak perlu nak jadi polis dan bercerita tentang undang-undang bila kita ada kawan yang meraung,
histeria hilang anak tersayang.

berfikir lepas tu guna hati.
jangan cakap lepas macam tiada insuran perlindungan mulut.
kadang-kadang kita ni,
nak tunjuk bijak tak bertempat.

maut tak lihat ada lesen atau tidak.
pakai helmet atau tidak.

tetapi bila dah sampai masa,

kau dengan baju besi kalis ajal pun boleh mati.

3 comments:

Remy said...

kasi lempang sbijik sorang tgokk mcm manee..!!
Al-fatihah

Pud said...

backhand aje mangkuk-mangkuk tu..

orgTM said...

baju kalis ajal eek...ko ni amrul....agak-agak ar
respek ar lu punya penyampaian..
keep it up..