musim tengkujuh, hari-hari hujan.
kawasan batu rakit memang tak terelak dari banjir.
hari graduation aku tak sama dengan budak-budak universiti.
tiada yang istimewa. tiada jubah atau protokol.
2 tahun macam tu saja.
kerja tak ada. aku hampir-hampir putus asa dengan hidup baik.
aku hampir-hampir kembali ke belakang jalan.
lorong gelap aku dulu.
entah macam mana, aku boleh tergerak hati untuk ke kuala lumpur semula.
tapi sekarang aku dah tau apa aku nak buat.
aku terus ke putrajaya. sebuah company supply aircond untuk bangunan.
GDC. untuk yang tak tau, GDC tu Gas District Cooling plant.
supply aircond untuk putrajaya. Ada sebuah lagi kat klcc, tapi aku dah muak dengan bandar .
kali ni aku nak pergi ke pinggir sedikit. to live a decent life.
aku menyewa di presint 7, pangsapuri.
kebetulan jiran aku indon. perempuan.
sumpah lawa. aku tak tau kenapa orang cantik macam ni kena kerja keras untuk hidup.
dah boleh jadi model dah. tinggi kulit putih gebu. tapi slang indon memang kaukau.
mula dengan aku nampak dia sidai seluar dalam, lepas tu aku terus berani nak tegur dia.
mungkin seluar dalam dia menarik, dan warna sesuai buat aku tertarik nak kenal dia lebih dekat.
Alvin, gadis kristian indonesia yang sangat comel.
gerammm. ngap ngap. Housemate ramai macam boleh penuh satu bas mini.
Setiap hari, aku pasti dinner dengan Alvin.
hujung minggu aku bawa dia ronda-ronda naik motor aku.
mandi air terjun, tengok wayang.
semua kawan aku kata dia dah bomohkan aku, tapi aku tak kesah.
orang cantik macam ni nak bomohkan aku, ajak aku kawin on the spot pon aku nak.
bersambung nanti
kerja malam
semalam aku kerja malam.
malam ni pon malam .
penat.
tadi lunch aku oder laici beng dia bagi laici blend.
teruk sangat ke slang terengganu aku.
shit.
dah lah charge lebih 50sen.
next time memang aku cakap laici ais je.

najmi 5
cakap memang senang dari buat. senang sangat.
tapi biasalah.
separuh jalan , macam-macam timbul dalam kepala.
apa aku nak buat lepas balik besut? ke laut?
berapa sangat. sambil bawa motor, kepala aku fikir macam-macam.
cemas pun ada. sampai tol batu 3, makin aku pening.
macam mana kalau abang azhar cari aku nanti. dalam sejuk-sejuk 10 malam tu,
berpeluh satu badan. senang je abang azhar nak cari aku.
roadblock mana-mana dia boleh tunggu...
tapi kali ni aku tekad. betul-betul nak balik.
nak tinggalkan klang ,chow kit, zali, azhar, lokap, kontena dan sherry.
3 benda yang penting untuk aku bawa balik ke kampung,
motor, duit dan ubat batuk.
10 jam.
10 jam aku bawak motor sampai besut.
memang tekad. dan esok nya , naik kejang tulang belikat , serta sengal-sengal seluruh sendi.
lupa aku nak cerita, sambil kerja port klang, aku juga ada cita-cita.
aku apply untuk sambung sijil di instep, terengganu. electrical.
dan salah satu penguat aku balik sebab surat instep dah sampai rumah di besut..
2 tahun . aku sambung belajar. walaupun kadang-kadang menyesal.
bayang-bayang aku sebagai electrician dah hampir jelas.
cukup masa, dan duit, boleh buka kedai sendiri.
contractor pun ok.
nasib aku baik aku blah.
kawan-kawan sekerja dengan aku yang tolong abang azhar, ramai yang kantoi, mati eksiden motor, penjara.
nasib.
terima kasih nasib.
ubat batuk*
ubat batuk penagih adalah tidak sama sekali dengan ubat batuk breacol atau ubat batuk cap ibu dan anak. ubat batuk yang biasa di kedai, kandungan codin nya rendah hanya beberapa percent kalau nak compare dengan codin ubat batuk yang umpama air mineral aku ni. kandungan codin 100%. penagih kaya je ambil ubat batuk. yang miskin dan busuk hanya layan gam je.
tak best langsung.
sambung nanti

najmi 4
mula-mula aku kat klang, nak pergi shah alam seksyen 8 sesat sampai seksyen 28. pening kepala. waktu awal-awal nak belajar merempit. race dah habis baru aku sampai. bodoh betul.
biasa lah, awal-awal.
lepas dah setahun lebih, semua roundabout shah alam aku dah pusing.
bukan tu saja, polis pon dah jadi kawan .
masa mula-mula aku kena humban dalam lokap bukit aman. teringat lagi. kena sepak terajang dengan Penghulu Banduan. Penghulu ni, biasanya orang yang paling lama dalam lokap.
biasalah, mula-mula masuk mana aku tau adat resam masuk lokap.
kali kedua, aku dah faham dengan adat untuk masuk lokap.
pertamanya, kena beri salam. dan kalau boleh , nak masuk tu, kepit duit, 10 ringgit ke kat celah punggung. make sure tak kantoi, kalau tak 10 ringgit tu burn, badan pon burn kena terajang dengan polis.
ok. kali kedua ni, aku beri salam, dan tanya, siapa penghulu. lepas selesai , aku mengikut sebiji-sebiji procedure untuk masuk lokap yang paksu ajar, aku duduk dengan senyap dengan sedikit perasaan excited. bodoh betul aku masa tu. aku ingat lagi, aku ada tulis, najmi was here.
kemudian kali ketiga aku masuk lokap, aku memang betul-betul takde mood. dan masa tu aku baru sedar. tinggi tahap kebodohan aku ni. aku terus padam nama aku. sebab aku rasa tu lah badi , dan punca aku masuk lokap. tapi benda sama masih berlaku untuk kali keempat kelima keenam dan seterusnya. aku masih lagi menjadi pengunjung lokap bukit aman.
haih.
namun lepas kenal abang azhar ni senang dah. masuk lokap sejam je, mesti keluar dah. tak sempat sejuk pun duduk atas simen. macam-macam aku tahu tentang dunia sebenar lepas kenal abang azhar. aku tak pasti pangkat dia apa. tapi boleh tahan jugak samseng dia. masuk club memang orang respect.
masuk free, minum free. tapi aku tak minum. ubat batuk lah benda paling high aku minum.
arak sorry. aku lulus pafa dulu. sia-sia kalau minum arak.
tapi baik-baik abang azhar ni dengan aku, rupanya dia nak mintak aku tolong dia jual dadah.
masa tu, waktu zaman aku paling gelap. kalau satu hari takde sale, memang kena bambu lah.
tapi aku buat ni sebab aku pun nak pakai abang azhar.
senang nak keluar masuk lokap...
dalam setahun jugak aku buat kerja ni untuk abang azhar tanpa pengetahuan paksu.
lama-lama, macam baru datang kesedaran. aku kena stop.
satu hari tu, aku tinggalkan barang-barang abang azhar pada kawan-kawan aku.
aku terus kemas barang dan lari balik besut.
aku nak stop.
besambung nanti

najmi 3
setahun aku hidup di chow kit. lepas dapat motorsikal pertama hasil titik peluh aku, aku pindah ke klang. mencuba nasib di sana dengan kerja yang lebih terjamin . di sana , aku kerja di port klang. angkut-angkut kontena. kerja ni lebih seronok, walaupun penat sikit. hari-hari dapat geledah kontena. kalau ada syarikat-syarikat yang hantar barang menggunakan kontena dan tak daftar , silap lah. memang aku bawa balik. walaupun aku masih tiada kereta, aku dah ada rim kereta 4 biji kat rumah. tv flat screen, ps2, stok ubat batuk tak payah cakap.
kerja baru ni seronok, nak buat overtime pon senang. apa lagi bila supervisor aku duduk serumah, dan sama-sama kaki ubat batok.aku tak payah pergi kerja, tanda je bila nak overtime walaupun pada hakikatnya aku sedang tidur masa tu, supervisor aku sign je. kat sini, aku dapat kerja dari kawan paksu. sebab dia banyak kaki kat port klang. kalau ada barang bagus, mesti dia dapat dulu. networking kena bagus..banyak aku belajar dari paksu. cuma bila aku nak belajar amik ice, paksu maki hamun aku, sikit lagi dia nak belasah aku. hampir-hampir.
berguna jugak orang tua ni

Subscribe to:
Posts (Atom)