my first time pt. 1

there will always be your first time in everything.

ingat first time makan kedai mamak. umur 12, baru balik kelas nadi, tusyen untuk upsr yang PIBG buat kat sekolah setiap hari selasa dengan khamis malam . kali pertama aku guna duit belanja sendiri untuk lepak mamak. masa tu, rasa riak sebab mampu makan roti canai kosong sekeping dgn teh ais. rasa macam dewasa. tapi kali kedua makan aku kena hutang bayar hari lain, sebab aku order kari kambing dia bagi dengan daging kambing kena cas 5 ringgit. aku bawak rm 1.20 je. aku sekolah rendah kot. mana ada duit banyak-banyak.

kali pertama aku beli kaset guna duit sendiri ,backstreet boys, backstreet back . masa tu kumpul duit belanja. sumpah segan nak bayar duit kaset guna duit syiling. 50sen aku tak sure ada berapa ketul. bawak duit masuk speedy masa tu macam bawa bayi. berat hangat.

aku rasa paling funny imej aku waktu darjah satu. kelakar bagai haram jadah. pendek, pakai seluar pendek biru sebab naif. dalam seluruh populasi anak melayu dalam sekolah kebangsaan taman segar, aku sorang je yang pakai seluar pendek pergi sekolah. mak aku belikan 5 helai pulak tu. dengan suara perempuan, kulit halus aku, peha mulus, aku rasa banyak lelaki cuba nak mengurat ingat kan aku amoi dengan hot pants.


pertama kali aku belakon drama, waktu darjah 3, cindarella. ofkos aku jadi prince. dapat menari dengan amoi seksi. aku lupa nama dia. sorry. tapi dia budak sekolah rendah paling seksi pernah aku jumpa. skirt semua paras peha. astaghfirullahalazimm. dapat peluk-peluk masa tu dah cukup hebat. tapi aku menangis sebab malu kena bahan dengan kawan-kawan seluar panjang. kimak kutuk aku menari tango lepastu kena cium cindarella.


kali pertama aku hilang kawan baik, waktu awal 1998, qusyairi . dulu selalu lepak rumah dia walaupun mak dia tak suka aku dengan ridzuan sebab mak dia cakap aku bawak pengaruh buruk kat anak dia. mak dia tak tau aku genius. so, hari-hari main kat rumah qusyairi. dia bawak makan sup kat rumah jiran cina dia. bila fikir balik, entah sup apa jiran dia bagi kitorang makan. oh ye, akhir tahun dekat-dekat nak upsr, qusyairi disahkan dijangkiti kanser tulang. yeah that bad. kena potong kaki. batuk keluar darah. hmm too much for a 12 years old kid kan? .
tapi tuhan sayang dia lebih. meraung aku , hari jumaat penolong kanan HEM datang kelas bagitau qusyairi dah takde. aku ingat lagi masa tu aku tidur pegang keychain yang arwah bagi waktu dia pergi umrah sebab rindu kat qusyairi. oh ye, dia meninggal awal-awal tingkatan satu aku. and that was the first time aku menangis sebab hilang kawan baik .
ok lah. air mata dah bergenang. till next time. :)

16 comments:

Anisa said...

woww..jadi prince utk cinderella

cool

mst kacak..

@Fr!^n@ said...

have similar kenangan kehilangan kawan time umur 12 tahun... lukimia... alfatihah untuk mereka2 yang pergi awal... semoga mereka tenang di sana.. amin...

Anonymous said...

sekolah kebangsaan taman segar kat cheras?

i went to the same school!

illi

lidah said...

Yep. Was there since 92 til 97. You ?

Anonymous said...

owh, too bad. i was there from 97-2001.

:D

illi

lidah said...

ohhh really? fesbuk?

eve said...

eh i think i know you.

. T Y D N D Y . said...

di atas bukit sekolah kami,
keindahannya menawan hati,

lol, tak sangka 1 sekolah - -"

Ulii Azman said...

sampai hati mak dia tak tahu kau genius // *ludah muka mak dia*

lidah said...

Eve : r u sureeee? Skts jugak?
Tya : ini laaah sekolah kami sktaman segar yg dicintaiiiii, u dari thn bila sampai bilaaa? .
Koken : hahaha tasampai ati. Aku kan baik

Anonymous said...

wah, ramai pulak skts. :))

hey, i'll give you my tumblr instead.
its electroilli.tumblr.com

:D

illi

. T Y D N D Y . said...

hahaha. part tu tak ingat :p
1996 - 2000

lidah said...

illi & tya : korang masuk lambat sangat . kalau tak sempat tgk aku cerita pak pandir kat perhimpunan. haha. so, masa tya darjah 2 i was st 6 la.kita kena buat reunion nih haha

. T Y D N D Y . said...

eh salah aa, tya grad st 6 thun 2000, so tya dari 1995 la smp 2000.
haha boleh2.

eve said...

oh i saw your pak pandir skit.
of course la ni bkn nama sebenar kikikikiki.

lidah said...

Haha u sureee about thattt? Hehehe kita sebayya ke apa ni?