untuk tengok kau sakit petang jumaat,
aku dah tak mampu taufiq, aku rancang nak jadi kuat depan kau,
tak nak menangis, tapi taufiq, aku tak boleh. aku memang macam ni,
aku memang kuat nangis macam pondan taufiq,
tengok kau sakit macam tu, aku rasa sakit taufiq,
sorry aku terpaksa nangis, aku memang lemah.
lepas dr bagi explanation aku macam yakin sekejap kau akan ok,
cuma dia cakap, personaliti kau maybe berubah 180 degrees.
tapi takpe, as long as kau selamat.
jam 1am, 16 oktober, kau masuk ICU, jantung kau slow, paru-paru kau dah berdarah, badan kau dah mula tak respond to medication.
kitorang lari pergi ICU, tingkat 2, Ampang putri. Sheda tgh dengar explanation dari nurse. Aku rasa Sheda dah habis tabah dah Taufiq, tapi aku rasa gajah yang besar, kena tembak pon jatuh.
apatah lagi ketabahan Sheda.
aku, joe, fadza, fad , kas, dalili, diba dgn marleya masuk tgk kau kat ICU, dah teruk sangat taufiq. Tuhan je tahu, sebak mana hati kitorg tgk kau sakit macam tu. mak , ayah dgn abang kau tgh bacakan Yassin. Tapi ayah kau orang paling tabah malam tu. few minutes lepastu, Adi datang dgn hidd. Semua ada Taufiq, Kuda pon datang bawak teh tarik untuk kau. Semua ada , Pian pon datang, Rahman pon ada. Semua kawan kawan doakan kesejahteraan kau. Dont worry Taufiq, semua orang sayang kau. Azim cakap, orang baik pergi dulu, so yang last, kitorg bajet Joe. hahaha.
ok tak kelakar.
What ever it is, we will tell stories about you Taufiq Shariff,you are a good friend, a brother and a great photographer. and kami redha dengan suratan takdir. Cuma, rindu kat kau tu banyak .
lepasni kurang sorang lepak kat pelita KLCC lepas kerja. aku tak tau macam mana bila ada satu kerusi kosong nanti. rasa macam baru je aku bahan kau dengan Jonas, BF german kau. hmm.
Alfatihah.