bang bang bang

minggu ni, seorang budak 17 tahun mati kena bunuh penyamun.seorang lagi mati kena tetak perompak.
dan entah berapa ramai lagi mati.aku , kau , awak, dia bila pulak nak kena tikam , penggal, tetak?hmmm. apa yang kita boleh buat hanya risau,dan berharap semua tu tak jadi pada diri sendiri,diri kawan-kawan dan keluarga.
tapi sampai bila?
mungkin sampai masa untuk semua jaga diri sendiri.seperti entry lepas, aku sarankan semua ada pistol.
siapa yang tiada rekod jenayah , baik dan bersopan santun harus ada pistol.dan aku sangat serius tentang ini.
untuk tidak jadi mangsa , kita perlu jadi pemangsa.sebagai pemangsa yang pernah menjadi mangsa,kita akan lebih arif memilih mangsa..
perempitperompakperagutpenyamunpengedar dadahperogol
entry surat khabar minggu lepas,"tokey kedai tembak perompak."
macam tu kalau baca hari-hari mesti seronok.selepas ni, kalau depan mata ada penyamun , atau peragut, kita tak perlu lari,walaupon dia ada parang, hanya keluar pistol dan sasar pada kepala dan tembak seekor-demi seekor.
tak perlu jerit, tak perlu lari dan tak perlu takut.minggu ni, aku makin marah dengan perangai manusia-manusia tak beradab ni.mari reload , target dan tembak..
bang bang bang.

8 comments:

pelumba kereta kelisa said...

shoot, shoot.
bang, bang.

bagus juga idea you! minta tolong belikan satu, please?

:D

kumbangkecil said...

kesian budak tuh.
bangang gilew perompak durjana itu.

ya ya.
bunoh saja mereka.
bia aman alam sekeliling.

kumbangkecil said...
This comment has been removed by the author.
Rambo said...

real la.

Wan Adams said...

tembak..haiyak..dish2..huhu..

xordy said...

pistol akan buat orang berubah. kasik la orang baik camne pun, once dia tembak orang, his life is going to change.

Lala said...

saye akan tunggu tajuk akhbar mcm ni

"(name betol en. lidah) tembak 5 perompak dengan kejamnya dan dianugerahkan pingat dato"

haha

lidah said...

Tak boleh. Sbb dato' dah bg kt sharohan