aku dah makin hilang ni....

letih lah.
makin nak habis. makin haru. makin kabur.
4 tahun 8 semester. and sekarang dah semester 7.
satu je lagi. aku rasa macam susah lah.

aku mahu jadi comel, dan hidup senang.
senang bukan maksud kaya. sebab tak semua yang kaya senang.
aku nak senang. takde masalah. mungkin aku mahu jadi comel,
kaya , tiada masalah dan digilai perempuan² comel.

*aku mahu jadi comel sebab aku dah kacak. please bare in mind

aku rasa macam hidup aku semester ni kosong. kenapa? aku dah sesat ke?
mungkin ye kot. hati dah makin hitam. tu sebab aku makin tak yakin, makin
hilang . sembahyang pun kadang tinggal.

nasib baik tuhan masih sayang aku. tak pernah tinggalkan aku. kalau tidak, masakan aku boleh ingat ejaan tuhan. masih ingat untuk sebut tuhan. TUHAN.



mungkin aku kena pergi balik ke huruf A. kena pergi balik ke nombor 1. pergi balik mula.
ingat balik asal usul.

1 comment:

Fynn Jamal said...

sejujurnya, kamu mmg manusia comel, lidah.

dan sifat kamu itu mmg menyejuk hati.