perhentian day 2

hari pertama, malam hujan lebat . yang lebat lebat.
bagi yang kaki party , malam smlm semua tertunggeng kat long beach.
untuk aku yang boring dan tak suka semak, aku masuk tidur jam 1130.

bangun pagi kedua,
aku capai phone charger , charge kat cafe dan order breakfast set D.
telur hancur, roti bakar, nenas dan coffee.

pagi ni didi tido lagi dengan teman wanita nya.
aku breakfast sorang. sambil layan ombak .
cuci mata tengok anak diver kudung tgh sun bathing, dengan tattoo di peha dan pasangan dari holland tengah berguling atas pasir dengan tangan di dalam speedo . haha ok tak . tu imaginasi je.

aku jalan ke kak nor, dan bertanya pasal snorkelling trip pagi tu.
selamat sempat.

didi dah siap nak pergi dive dengan ali . pagi tu depa pi check dive kat depan chalet. sempat la tengok pari 3 ekor. dan terus ke sea temple. aku yang keseorangan bebekalkan sunblock,sekeping 50 ringgit , dan snorkelling set naik boat untuk berenang bersama ikan dan anak anak ikan.

so atas boat aku tegur sekumpulan lelaki. ok , aku confident sikit nak tegur lelaki random dari perempuan. so 4 of them are from kuala lumpur, sorang lagi fendi tak ikut sebab nak mengorat kak nor.
kepala boleh tahan la 4 ekor ni. sampai ke 1st snorkelling spot, pergi tengok penyu , banyak lah ikan dalam laut dengan atas boat. banyak lagi ikan atas boat masa tu.

kemudian ke spot ke 2, sekumpulan straingers ke dua yang aku tegur. Fairuz, designer EH! magazine, sembang-sembang rupanya kawan pijan. what a small world. haha cliche' phrase ni tapi pi mampus kat hang.

aku lunch bersama sesiapa je, dan aku amik gamba dan tulis nama sebab takut lupa.

aku jenis senang lupa nama orang. banyak tengok benda tak senonoh ni. ish ish.

ok then, habis snorkelling sempat sembang dengan remy, a guy from KL kerja HNM paradigm.
lelaki ni, stamina dia, aku tak tau datang mana, malam semalam party sampai pagi, siang sambung snorkelling, second night party lagi. fuh.

aku ingat satu je pesan remy. "datang HNM paradigm roger aku, aku bagi 30% " . haha kata-kata hikmah dari remy.


habis snorkelling duduk sembang, arif ni ajak party di long beach. aku pulak, malas nak melawan nature aku yang suka tidur dari berjaga dan berparty. so aku balik bilik dan tidur yang lama petang tu lepas penat dan hangus.

malam nak turun dinner, aku duduk dengan didi . makan paprik daging.  not bad . aku rasa best dish kat d'lagoon. yang lain nasi goreng dia tak sexy sangat. dia cerita experience dia diving tadi, lepas tu racun aku amik diving license lepas tu pegi dive sama. habis sembang, girlfriend dia sakit perut dan balik tidur.

didi ajak aku sembang tengok ombak, dengan main pasir sampai pagi. sampai 2 pagi. heart to heart. keluar air mata jugak la didi cerita. i feel you man. aku cuma kagum, 2nd day dah heart to heart.
aku tak boleh lah nak cerita kat sini, nanti semua pun nangis juga.

so end of day two.

so far, dalam hidup aku, masa ni aku paling banyak lepak, dan sembang dengan random people.
so i think now, the solo trip is not solo anymore. i have 20 new friends from the trip. ke banyak sangat. ok 15 lah at least.

good night

5 comments:

edlidza said...

i tak penah g perhentian best tak u???

-err, said...

gambo mane bang karem? haha

Ain Kahar said...

Bila bace psl your solo trip, rasa macam nak plan solo trip like yours. Jumpa strangers, then balik. Syiok!

Anonymous said...

Mark Mathias is a famous Best Dentist Plano Tx in Maricopa
County, Arizona. best dentist plano tx in Encino for your problem.
This can be the reason for the teeth. D S can do for you and your smile.


Look at my webpage - best dentist plano texas

Anonymous said...

Military conspiracies Dozens of people in rural Texas.
Very scary, I have cut it more by more than 25% of what I
would spend previously. A zach is facing child endangerment charges after she allegedly sent her
6-year-old daughter to school with a lunchbox packed with
PCP.

Feel free to surf to my page: zachariah hedrick ::
::