muhasabah
kadang-kadang, kalau drive , cuba perhati orang yang sapu sampah tepi jalan,
orang yang bawa motor dengan isteri dan anak-anak redah hujan,
mak cik yang tengah leka cabut rumput kat kebun office,
pak guard yang umur macam 70 tahun berjaga terlentok-lentok pukul 3 am,
mana anak dia?
kenapa mereka kena kerja lagi, sedangkan umur macam ni,
dah sampai masa untuk mereka duduk rumah main dengan cucu.
tapi masih bersengkang mata, dengan tulang empat kerat.
bukan mereka patutnya sampai masa untuk anak tanggung pula ke?
bukan patutnya dah sampai cycle macam tu ke?
kadang-kadang kau fikir tak,
bila kau cakap , baju tak lawa , makanan tak sedap,
tilam keras, rumah kecik, tapi at least, kau ada baju, ada makanan,
ada tilam, and ada rumah.
kadang-kadang
kita lupa nak bersyukur,
kita tweet je kita bersyukur, Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,
tapi basic solat 5 waktu lobang sana sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
tertepek kat dahi sendiri. Zuhur nak habih dah ni.
Pernah juga terfikir..
Kesian. Tapi mungkin ada cerita disebalik kehidupan diorang yang kita tak tahu.
Yup, macam mama aku selalu kata
'jangan bandingkan diri kita dengan mereka yang berada di atas tapi bandingkan dengan mereka yang berada di bawah'. Drpd situ, kita akan selalu beringat dan bersyukur.
pernah sekali, aku balik kerja naik bas..seorang mak cik duk sebelah aku.kami berbual.umo dia sudah hampir 60.masih berkerja, balik sampai sebelas malam ulangalik sampai putrajaya naik public transport, rumah dia di beranang(sempadan negeri sembilan)aku tanya kenape kerja lagi.dia kata bosan duduk rumah.bukan anak dan suami tak bagi duit pun.
aku rasa ada orang-orang tua ni dia dah biasa kerja keras dari muda, dia jadi kekok bila duduk saja.jadi dia sanggup keluar bekerja.
eh, tapi kau nak simpulkan lain..kesimpulan aku pula,takyah kesian sangat..hahah
selalu tgk situasi yang sama, lagi2 klu kat kl.
bersyukur kerana masih ada rasa utk bersyukur..
:)
yup. betul kau cakap. paling aku bersyukur setakat ni tak pernah rasa susah dari kecik. tapi sekarang aku sendiri cari susah sengaja bergaul dengan gelandangan. bukan apa nak ajar diri jangan leka dengan kesenangan. sedih bila aku suka hati nak buang-buang makanan tapi mereka hargai setiap butir nasi yang dieorang dapat. eh terceramah pulak. (:
Kadang - kadang tak boleh dipersalahkan anak juga krn tidak menanggung situa.
Depan mata aku sendiri.
Pakcik pemandu bas ekspress umur 55. Ada sakit jantung.
Terpaksa kerja sampai tak tidur malam.
Dunia atas highway saja.
Anak, bini tua dibuang ketepi.
Kawin baru,isteri muda.
Tiap tahun beranak baru.
Mmg umur 55 kne cari rezeki lah nak beli pampers.susu.mainan.
Rosmali : hehe ayok
Elly: yupp couldnt agree more :)
Anakjaiman: yupp
Amalina & hannah: hehe tu pon btl jugak :)
Izma: :) very good
baru berapa hari lepas tulis pasal makcik tua dah bongkok masih kerja keras kat econsave.
kenapa dah tua masih kerja,
kenapa anak dia tak tanggung mak dia,
:(
Post a Comment