malam ni kerteh nampak tenang


malam ni semacam,
atau saya yang semacam. semua benda nampak macam bunga-bunga dan taman-taman
tenang sikit dari malam-malam biasa.

mungkin kerja-kerja dan benda-benda yang memeningkan di pejabat dah selesai,
buat saya rasa tenang daripada biasa.

iwe dah fly ke qatar.
kalau awak baca ni, saya nak ucapkan selamat jalan,
dan jaga diri di tempat orang. maaf tak dapat hantar ke airport.
nanti ada rezeki, kita jumpa lagi.

..

oh ye, malam ni saya tak dapat tidur,
jadi saya seret bike saya, dan kayuh sehingga penat.
setengah jalan tiba-tiba telefon saya berbunyi,
zamzila telefon, nampak saya lalu depan roti tempayan.
jadi kami lepak dan saya minum sirap bersama zam dan rakan-rakan sepejabat dia.
jadi rancangan saya terbantut sebentar ....
dan lepas habis sirap secawan dan sepatah kata,
saya sambung kayuh sehingga penat dan patah balik untuk pulang ke rumah.

.tiada apa-apa yang menarik pun .
cuma, benda yang tak berapa menarik ni yang menenagkan.
tiada pecutan adrenalin. tiada anjing untuk kejar hingga mengah.
hanya angin malam yang bergesel tepi cuping waktu saya kayuh tadi.
semua kelihatan tenang dan sempurna.

dah puas kayuh pon tak ngantuk lagi.
macam mana?



..

8 comments:

Pnaz said...

cuba la kayuh basikal kat Bandar Baru malam malam. lagi tenang. lalu lorong lorong belakang sana. tenang tambah takut sekali.

Remy said...

x joing ke smalam le tour langkawi lalu depan opis..??
hahahahah..try tgok mcm manee,
boleh tidor ke x lepas tuu..

si buta warna said...

aku ingin cuba juga.

siggplus said...

cuba try kayuh ke dalam laut.

mungkin membantu mempercepatkan proses meniduri diri

Asmahani said...

HAHA. kenal kot baju tu.
chasz michael michaels - blades of glory.

HAHA.

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

sirap secawan.. heh.. order sirap sejuk ke sirap panas.. hahaha..

cyrusdavirus said...

dude, aku nampak ko dlm Jgn tido lg.. ko men keybord utk hujan.macho beb! dem~

zamm said...

aku tiba tiba terharu bila kau letak nama aku dekat sini.

2 kali.

aku serius terharu lagi lagi di kala kerteh panas mcm sedang pasang unggun api dalam rumah, tp bulan cantik di luar.

ah. apa-apa pun, kau jaga diri. bawa basikal hati hati. pakai lah helmet kalau rajin.