tak menarik langsung

Dear All,

hai, saya ada benda nak cerita.
kisah macam mana saya buat perkara paling bodoh di tempat kerja dan perbuatan saya ini membuatkan saya rasa saya sangat bodoh dan lemah.
saya pun tak tahu orang lain faham atau tidak. tapi tak apa lah. buat-buat faham pun dah memadai.

jadi kemarin, plant saya dalam keadaan tak berapa menarik, masalah dengan yang agak serius dengan control valve menyebabkan pam mati.
dan sampai ke malam masih belum sihat. Purity untuk rundown paraxylene ke tangki masih belum sampai spec , kesucian (purity ) 99.75%.

jam 420 am saya minta ambil sample untuk periksa bacaan analyzer sama dengan lab result atau tidak. dan seperti biasa ada deviation, besar pula kali ini. kemudian dalam jam 6am,
analyzer menunjukkan 99.45, dan mengikut result makmal jam 420am yang lepas, saya membuat keputusan rundown setelah berbincang dengan beberapa pakcik senior. walaupun dalam keadaan teragak-agak dan rasa x sedap hati, saya rundown ke tangki product dengan purity yang saya agak 99.9 % itu. hmm saya cuba hentikan rundown sebab rasa x berapa sedap,
tapi pakcik sata advice dengan yakin. jadi saya yang tak bijak teruskan rundown dengan purity yang sebenarnya 99.45. hebat sangat saya ni.

hebat sangat. nasib saya baik, tangki masih di aras rendah dan masih boleh di dilutekan. Sebaik-baik nasib saya, saya masih telah melakukan kesilapan yang sangat bodoh. dan kalau tahun depan saya dah takde, saya tahu mana silap saya.

wah. not fun at all ..
malam ni kerja lagi,

best regards,
Production supervisor for Aromatics

5 comments:

wawa said...

naseb baik bley purify balik
klu x ppt rugi beso wo

Remy said...

oooo..
patut laa semalam ade bunnyi siren..
biase2 siren hari rabuu je bunyi..
hehehehee..
betol ke bunyi siren tu ade kena mengena dgn perkara tersebut..??

lidah said...

Hahaha xde kaitan pon. Kau mandai je wei. Haha

Anonymous said...

chemical engineer ea?

Superwoman said...

haha.aku faham.