hari mengambil report kad

sejak sekolah rendah, I dah biasa dengan tabiat sorok-sorok benda, sorok kertas exam, sorok report kad, sorok komik.
I sorok komik sebab mak I marah baca komik, masa tu bm I tak pernah A, jadi mak I salahkan komik-komik yang I baca. padahal salah cikgu bm I. selalu tunjuk lurah masa mengajar.

sejak darjah satu.
waktu tu je I bagitau mak , untuk datang amik report kad. yelah, darjah satu senang, dah dapat no 1,darjah 2 nombor 2, darjah 3 no 3.
. lepas-lepas tu, memang jangan harap. semua mak kawan i yang amikkan..

masuk sekolah menengah benda sama jadi. form 1 je I bagitau mak.
hehe. macam-macam cikgu komen.. macam macam.menyesal tak sudah.

balik kena balun.

lepas tu, macam biasa, I mintak mak kawan I.
makcik normah. dah arwah dah. mak kawan baik I yang sporting seperti sportcar.
ok ok LAME.
setiap kali hari amik report kad dia datang. dia amikkan untuk I dengan anak dia skali.

jadi I tak pernah kantoi tentang result exam tahap-tahap sekolah ni kat mak.
-------------

kali ni , I cuba sorok surat saman .
terlupa nak bawak balik terengganu.
semalam waktu kerja mak call..

MAK :"HAAAAAAA, KENA SAMAN EHHHHH?"

LIDAH :"HAHAHAHA, ALA MACAM MANA BOLEH TERTINGGAL KAT RUMAH SURAT SAMAN NII"

MAK :"HA, NI JPJ ADA SATU, SPEEDTRAP ADA SATU NI, HAAAA"

LIDAH :"HAHAHA , HEHEHE."

MAK :"OOO , PANDAI SOROKKK"

LIDAH :"HAHA..(TAK TAU DIA, AKU SOROK KERTAS EXAM SELAMA NI, HE HE)"

MAK : JANGAN LUPA BAYAR TAU.

17 years of cover up aku punah.


*excited nak pergi bangkok petang ni, barang tak packing lagi.

3 comments:

peggy lyssa said...

hhaaha.
lawak.

perbualan tu.
nape u tesengeh2 je.
lol

Ayyman Rahim said...

Haha aku pun selalu buat, even skrg pun buat lagi! Haaa

suka 'uk-uk' said...

bukan semua orang buat ke?

btw aku link blog kau ya. thanx!