penat dan duit habis :(




6 2 6 2 6 2 4

enam hari kerja dua hari cuti, enam hari kerja dua hari cuti , enam hari kerja dua hari cuti dan empat hari kerja. sampai pun semula masa untuk kerja empat hari sahaja.
major shutdown kilang dah menjadikan saya orang yang letih dan malas nak keluar kemana-mana. cuma minggu lepas , saya curi masa sikit untuk pulang menyambut hari lahir kekasih hati. tapi minggu ni x berdaya . tenaga, tulang empat kerat dan segala kuderat dah habis. duit pun sama habis.

bermula bulan 4, sehingga harini, saya dah kerugian enam ribu,
2 ribu tiket flight ke france yang terpaksa saya batalkan walaupun dah beli tiket kerana bos x approve cuti. dan selebihnya untuk kereta yang buat macam-macam hal. dari kemalangan kerana tertidur ketika memandu sehingga lah compressor aircond yang merajuk dan rosak.

sedih memanglah sedih. tapi mungkin tuhan ada rancangan tambahannya untuk saya.
jadi kita redha dan wait and see. mana tau saya menang loteri lepas ni .

10 comments:

muhsin.aminudin said...

well made plan just for you for HIM

Fndy said...

biasalah, kerja makan gaji

Remy said...

susah gua nak degar orang kerja petroleum nasional tak ada duit ni.
hahaha..
sabar la brader.
dah habis shutdown ni mungkin boleh
rehat rehat sikit kot.
kalau welder neh, mau juta juta dapat hasil time time gini..
hahahaha..

Kap said...

tak mengapa.
masih ramai di luar yang menganggur.

lidah said...

remy: aku takda duit sbb smua habis repair kereta.

duyya juymonth said...

hey org baru berpijak di bumi lidah.
dugaan dalam hidup tak pernah putus.
sabar ye. apa yang tuhan tarik pasti dia nak bagi yg lagi best.

Anonymous said...

sabo ye dik li.
akak ni tgh ngidam kalah org ngandung lak... mane la aku nak carik pretzel kat batu pahat ni... aku nnak pretzel, aku nak pretzel kalau la aku ade pakwe yg best..aku mintk tlg carikkan...huhu....sedihnye...

aku rase "MAY" memang bulan "spending" kot, duit aku pun banyak kuar, gara2 holiday ku ke oz jun ni etc. tak pe.. dah sampai mase... akan tibe jue kan, duit pun bukan priority dah..

Anonymous said...

hmm...sometimes bila tetiba jadi mcm2 kt aku e.g. duit tetiba byk keluar, kete rosak, brg hilang.. mesti aku pikir, sama ada aku kurang sedekah / zakat, maka Dia ambil dgn cara yg boleh buat aku sedar -__-

Anonymous said...

aku serius plan lain, tp yg jadik lain..well... i dunno, we just can plan n pray

Anonymous said...

repair kete je dah same mcm downpayment myVi ke Viva>>> aiyoyo