kau nak setel?

aku jadi senyap minggu lepas di tempat kerja.
jadi rasa nak memberontak.

dalam meeting aku senyap.
muka dia sikit aku tak pandang.
sikit aku x bersuara apa-apa.
kalau perlu bercakap dengan dia pun, aku tak pandang mukanya.
jauh ke sudut bilik atau ke bawah lantai anak mata aku .
dan kalau tak perlu, aku balas dengan anggukkan sahaja.

12 jam aku hilangkan dia dari tempat kerja.
jam 740 pagi, selepas meeting, dia berada di depan pintu yang aku perlu guna untuk keluar mcb, dia hulur tangan. aku balas dengan salam.

kemudian dia tanya
"kau marah aku ke?"

dengan tenang, aku pandang mata dia dan jawab,
" haah, marah , agak marah jugak sebenarnya."

sikit dia tak minta maaf, aku tak pasti hulur salam beliau maksud meminta maaf atau apa,tapi kemudian, dia keluar ayat.

" habis tu macam mana? kau nak setel macam mana?" sambil pandang aku dengan muka sinis. dia sambung lagi "sampai bila kau nak diam dengan aku?"..

aku tepuk bahu dia lalu aku cakap
"bos, takde apa , dah dah" sambil berjalan ke gate luar bangunan pejabat.

dia berbunyi lagi
"habis tu kau nak setel macam mana?, kau nak tukar shift? no problem.. kalau kau nak tukar shift aku boleh tukarkan , no problem."

aku malas nak layan, aku jalan terus swipe kad dan terus balik.

haha. tak faham aku perangai orang tua ego macam ni.
mungkin aku rasa aku betul. tapi entah la.
mungkin dia rasa dia betul juga. sebab dia tak pernah rasa dia salah.

:)entah la. aku pun sama mungkin.

10 comments:

chaon said...

bedebar aku baca."kau nak setel macam mana" mcm ayat berbaur bertumbuk aje.tapi kau boleh tahan berani.caya2.

siggplus said...

setel je dengan kaki naik kepala nyaris-nyaris botak dia. heh

bajubiru said...

soalan apakah itu..kau nak setel camana?x pro langsung selaku ketua jabatan...aku memang x sengke...kesian ko reem..aku x tahu sape betul dan salah..tp ni tak betul..kerja elok2...jangan layan dia..tapi aku rasa dia xkkan lepaskan ko kalau ko menjadi diri kau..jadilah orang lain seketika..x lama ni...

-aku yang pakai baju biru-

Anonymous said...

bro,kalau aku,aku tanya balik camana kau nak settle,apa nak takut..kau kan ada kelulusan...dia apa ada,sebut circulation pun bunyi circulasen..kau bukan makan gaji dengan dia,dia pun orang yang bayar gaji....kalau aku,wallahi aku take that challange....

lidah said...

time kaseh.
tapi anoni. aku rasa macam best bila aku jalan je buat tak tau dia melolong-lolong sorang2.

silent reader said...

bro...
spesis org tua mcm tu mmg tak payah ambik pot sgt...ramai dah org tak puas ati dgn dia....ramai yang angkat kaki dr sana pun sbb dia....

biasa ah bro...dia tu anggap dia hebat...minda tak global bro...minda masih tahap dijajah....dia tak sedar bro....wa rasa orang keliling dia pun selama ni cuma angkat dia je bro...yg ada sana semua tak berani nak berdepan, cakap dia mulut longkang....

tgk je la lu bro...baru sound dalam blog, dah ajak setel camne....kononnya ajak cara kampung la tu...tak payah sahut cabaran kederat bro...lu teruskan je cara lu perang saraf macam ni.....lagi sakit jiwa aku rasa kalo orang tua mulut longkang tu baca lu punya suara minda bro...tak payah kepal buku lima nak setel bro....lama2 meroyan tak tentu hala ah tu....br dia tau buku dgn ruas....hahaha

wa respek lu bro...even lu tak cakap berdepan dgn dia mulut longkang, tp at least lu tulis dlm blog lu dia tu mulut longkang....busuk bro...biar dia tau beza bau longkang dgn bau kasturi...

takpe bro...wa tau lu btul...mmg wa tau dia tu mmg tak ble terima kalo orang lawan dia bro...dan cara lu tak ambik pot dia membiarkan dia melolong macam tu, mmg tepat bro...lu apa takut, lu level exec bro sama dgn dia jgk...lu durian jgk bro....orang yang duk sekeliling dia yg sentiasa mengangguk cakap dia semua mentimun bro...tak bole wat apa2....menggolek kena, tergolek pun kena duri lahanat tu....

tapi,lu durian, durian yang sedang ranum...tak macam durian2 lain yg sama kelompok dia bro...lebih suka membusuk ditebuk tupai yang tak kira mangsa....teruskan je bro...kata orang, alang2 menyeluk pekasam....

salute dari wa....
lu punya pembaca senyap!!!!

Ayyman Rahim said...

Baca dia kata nak setel tu macam nak gaduh. Orang tua nak gaduh-gaduh lagi, ingatlah kubur.

mollyjinxed said...

biarla dia
buang masa gak layan kan?
nanti dia sedar sendri la kot
silent treatment is the best kot?

jgn stress kije ye lidah

chill.. cam aku.. ngular baca blog. .da tahap mega bosan wat kije ni hehehe

xookx said...

nk setel cam mana?

aku jawab, half gaji dia dan bonus masuk kantung utk 10 taun akan datang

amacam? hahaha

Belemoih said...

hehe jgn la begaduh tak baik ;)