home sweet home



minggu lepas aku dengan housemate pegi dungun beli peti sejuk
and washing machine. hari-hari aku basuh baju sekarang.
excited. baju tak sempat busuk pon basuh, sapu tangan pon masuk washing machine.
then, on weekend, we went to kuantan untuk beli, dapor, kuali, periuk belanga, pinggan,
sudu , sudip, rice cooker comel, sayor, garam, telor, beras, burger, sosej, roti, fishcake, and
the list goes on ..untuk melakukan perkara-perkara ni, aku ajak najib, supaya orang tak
memandang serong dengan status 'straight' aku.
aku keje last week, selasa rabu khamis jumaat. khamis aku kerja malam, balik jumaat pagi.
waktu kerja macam tu memang kadang-kadang mengelirukan aku.
balik kerja jumaat pagi, memang aku flat habis, rata seperti papan. tak mampu nak berdiri, jadi aku tidur sampai 1230. bangun,, terus bergegas masak kerana lapar semacam. 2 burger yang sangat sedap di dalam dunia.
jam dah 1.45, terbukti, aku lupa harini jumaat. terima kasih .
...
dalam jam 3, datang seorang pemotong rumput..
"abang, saya nak pinjam rm 40, nak beli susu untuk anak, nanti petang ni saya datang
cantas pokok"
aku bagi lah rm 40, kesian kat dia dan anak dia.
then pukul 6 dia datang
"abang, ni saya racun skali eh rumput, dengan cantas pokok"
"aku takde duit lah nak bayar untuk kau racun rumput,kau cantas je lah pokok tu"
"ok abang, alaaaa, saya terlupa bawak golok (parang), saya balik dulu kejap"
dia balik dan tinggalkan racun rumputnya kat garage, dan sampai sekarang,
dia tak datang-datang balik dah.
haih. macam-macam





4 comments:

Sarah H said...

Sudah cabot ke si abg tu, haha

.khairi. said...

wah, sakan shoping barang dapur..
cuba masak nasik beriani la kalau berani..haha


peh,lame jugak abang tu gi cari golok dia..

Tok Rimau said...

Ini trick lama, masih terkena lagi. alahai.

s a L o m a said...

haha.dia eksiden tgh jalan ke?