satu julai


sejam aku tunggu murtabak daging . dengan yakin tukang masak tu cakap
biasa lah, untuk lebih sedap , murtabak perlu dimasak lebih lama.

haih. sama je rasa. lagi sedap bazar romadan punya murbatak.

harini, tepat jam 10 malam , aku luangkan masa sedikit dengan kawan lama.
kawan lebih 10 tahun, dari darjah satu. duduk makan di mamak yang hampir semua meja
penuh dengan laptop pelanggan-pelanggannya yang melayan wifi sambil tersengeh sorang-sorang.

macam biasa topik bual kami setiap kali mesti sama. dia mesti cerita tentang masalah family nya,
ibubapa yang dah bercerai, adik yang gemuk, kawan yang hilang, teman lelaki yang baru beli mac book. semua macam tak penting pun. hal hal remeh dia, dan kelas menjahit dia.
dan aku dengan kisah bosan aku yang tiada klimax . aku memang bosan untuk jadi teman berbual. tak reti keluar pendapat.

aizam.
hmm, kalau fikir balik, dia je kawan yang paling lama aku kenal, dan selalu ada untuk teman
minum bual kosong sampai larut malam.

seorang perempuan bertubuh petite yang penuh dengan masalah dan menanggung beban yang lebih berat dari badan dia sendiri.

thanx...

semoga jadi tukang jahit yang hebat nurul aizam. sorry terlupa birthday tahun ni.
next year aku ingat.

3 comments:

paperheART said...

aizam bdk uitm seri iskandar, gf dokgi ke?

lidah said...

oho aah

dokgi sape?
dia ngan jhebat skrg.

paperheART said...

ha ye la... incek jhebat tu byk sgt nama.

hehe. anyway, i envy u for possessing that new lens of yours. and... i'm leaving this sunday.