haih.... sabtu pagi jam, 2 am. tengah aku on the way balik keluar makan ,
dapat msg adik minta belikan topup maxis 10ringget.
sampai di hadapan 7e, yang terkenal dengan kedai kehebatan 24 jam, tibe-tibe tutup.
aku jadi runsing sebentar...
apa fenomena ni, mungkin mereka takut serangan pengikut hindraf.. haih..
tibe-tibe akak cashier 7e menghampiri pintu dan buka lock , lalu membenarkan aku masuk.
bunyi memang sedikit pelik, apatah lagi aku sendiri yang mengalaminya...
masuk ke dalam 7e, aku terus ke peti sejuk bahagian minuman dan mengambil 2 botol yakult.
tak lupa meminta topup maxis pada akak counter..
situasi masih dalam keadaan tegang dan tanda tanya...
aku tersandar di depan counter, sambil hulur duit, aku tanya.... "apa cerita kunci pintu kedai ?"
lepas penerangan akak 7e, aku faham dah, bahawa negara kita dah makin tak selamat, penuh dengan najis yang rompak , curik, peras ugut , cabot lari ... macam macam...
"7e ni dah banyak kali kena rompak, orang curik arak , rokok , macam-macam, semua budak-budak muda, main amik je arak lepas tu blah, kawan diorang semua dah tunggu kat luar, akak tak boleh la nak buat apa... "
haish..
nyamuk.
1 comment:
kesian kakak tu takut. shift malam tak patut bagi kat perempuan.
Post a Comment