hari raya tak best lah

menjadi pelajar final year kejuruteraan kimia buat hidup aku makin terumbang ambing.
tambah dengan kemalasan aku yang dah sampai tahap bahaya.
ye.. kalau aku kata bahaya tu, dah tahap kritikal.
aku sampai hari ni masih blur dengan final year project aku..

rdf. refuse derive fuel. ape tu.hishh...

menyambut raya di kuala lumpur bukan lah sesuatu yang aku impikan dari kecil.
haram tak pernah aku imagine yang satu hari aku kena beraya kat bandaraya
yang indah , basah, berkerak, busuk, tak best ni. aku mahukan rumah kayu,
bau asap lemang, suara anak-anak buah menangis, suara jerit makcik-makcik
aku suruh turun buat kerja. hmm...... malang nya tahun ni..plus, cuti aku sampai isnin raya ketiga je.
haih. things couldn't get worse than this...aku tak nak raya lah. hari sabtu aku nak tido sampai hari sabtu minggu depan. huh.

aku tak berkesempatan nak minta maaf kat sape² lebih² lagi orang-orang yang aku maki
hamun dalam entry-entry lepas, dan entry-entry yang bakal aku tulis. jadi aku ingin minta maaf
di sini, jika terkasar bahasa, tersilap eja , tersepak, tercuri, terminum, termakan.. kira halal je la.


sekian.
selamat hari raya.

4 comments:

Sue Bahrin said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin! errk,chop! batin tak lah kot :p

MJ said...

hang telah mengubah hidup aku. hang adalh legenda kelucahan!

haha

mollyjinxed said...

alalallalalala
jgnla sedeh

meh lepak ngn aku meh meh

hehe..

Sue Anna Joe said...

selamat hari raya. harap2 kad raya dah sampai. anna pon raya ni cam tak bes sebab bnyak gila esemen kena buat dan tunjuk melalui email masa waktu cuti seminggu ni. waduh waduh. wat camna.

apa apa pon. sabarlah ye. life isn't easy.. :)