i dah jadi uncle


sabrina anak deqnoe

hidd, arjuna, & adi

pitt, anna & luqman

*gambar curi kat facebook

saya rasa saya jumpa mereka pada hari yang sama. jumpa adi nang dan intan suhana . waktu arty party tahun 2005, 31 disember 2005. masa ni pitt main didgeridoo dengan kawan-kawan dia. tapi deqnoe saya tak sure bila...saya yang baru nak kenal orang waktu tu, tunggu adi dengan pijan. adi dari bangsar naik scooter . waktu ni berat adi tak banyak macam sekarang. anna pulak sama je takde nampak beza naik turun. deqnoe yang saya ingat , muka dia kurus. muka tau. sekarang muka dia pon sama jugak.


anna masa ni, datang dengan skirt dan boot aneh. dengan benda lilit kat kepala dia kalau saya tak silap.rasa kagum sampai ke langit sebab jumpa anna. masa ni juga jumpa zack kapal selam, atau zack kompot. waktu ni juga saya jumpa chapit othman dan fendy a.k.a beck.

deqnoe dulu masa kecil-kecil dia ni selalu gaduh dgn fandi. sekarang, dah beranak pinak.. saya harap adi,hidd ,deknoe ,pitt dan anna pakai bekung supaya perot mereka terpelihara dari malapetaka.

dalam 4 tahun ni, semua dah jadi ibu bapa .

seronok dapat tengok perubahan macam ni.
kecil besa kecil besa kecil besa besa.

congratess

hahaha. noee, aku serius dah amik gamba anak hang masa hang komen ni.

sudah malang ditimpa balang

saya pun tak tahu, kat mana mereka selalu sembunyi kan diri dan menyamar sebagai pokok dan rumput di kawasan bentong. temerloh pon saya tak pasti. nak haram betul.

ini tidak adil.
harini, saya pandu pulang ke kota dengan mematuhi had laju sebab risau dah tak mampu untuk bayar saman jika ada lagi.

tiga kali bentong dan sekali temerloh.
kira kan kalau hebat.
ye, 4 kali. sekali saman 3ratus, dan 4 kali saman adalah 3 darab 4 yang menghasilkan 12ratus.

banyak yang kita boleh lakukan dengan wang sebanyak itu,
membeli kasut, baju, basikal ataupun tint cermin kereta.
boleh juga bawa pergi rumah urut yang terhebat di kuala lumpur dengan service happy ending.

haih.

oh ya, tadi on the way pulang, polis trafik bagaikan berparty di sepanjang lebuh raya pantai timur. bila muncul niat untuk laju, ada sahaja kelibat masing-masing di tepi jalan. adaa sahaja.

sigh.

tak menarik langsung

Dear All,

hai, saya ada benda nak cerita.
kisah macam mana saya buat perkara paling bodoh di tempat kerja dan perbuatan saya ini membuatkan saya rasa saya sangat bodoh dan lemah.
saya pun tak tahu orang lain faham atau tidak. tapi tak apa lah. buat-buat faham pun dah memadai.

jadi kemarin, plant saya dalam keadaan tak berapa menarik, masalah dengan yang agak serius dengan control valve menyebabkan pam mati.
dan sampai ke malam masih belum sihat. Purity untuk rundown paraxylene ke tangki masih belum sampai spec , kesucian (purity ) 99.75%.

jam 420 am saya minta ambil sample untuk periksa bacaan analyzer sama dengan lab result atau tidak. dan seperti biasa ada deviation, besar pula kali ini. kemudian dalam jam 6am,
analyzer menunjukkan 99.45, dan mengikut result makmal jam 420am yang lepas, saya membuat keputusan rundown setelah berbincang dengan beberapa pakcik senior. walaupun dalam keadaan teragak-agak dan rasa x sedap hati, saya rundown ke tangki product dengan purity yang saya agak 99.9 % itu. hmm saya cuba hentikan rundown sebab rasa x berapa sedap,
tapi pakcik sata advice dengan yakin. jadi saya yang tak bijak teruskan rundown dengan purity yang sebenarnya 99.45. hebat sangat saya ni.

hebat sangat. nasib saya baik, tangki masih di aras rendah dan masih boleh di dilutekan. Sebaik-baik nasib saya, saya masih telah melakukan kesilapan yang sangat bodoh. dan kalau tahun depan saya dah takde, saya tahu mana silap saya.

wah. not fun at all ..
malam ni kerja lagi,

best regards,
Production supervisor for Aromatics

kehidupan yang ultimate




these are some of the reasons i love kerteh,
the trees, beaches and the beaches and the beaches. haha

nak buat macam mana, i suka tengok laut dan main pasir.
kehidupan yang ultimate. jauh dari kesesakan lalu lintas.
dan i boleh pergi tepi pantai bila-bila i rasa i nak pergi.

rumput


sambil duduk dengan alunan Ok Go. This to shall pass.
OMG brilliant sungguh video clip nih. lebih hebat dari video beyonce yang terkinja-kinja dengan pakaian mandi.

sambil ini juga i duduk bau rumput basah lepas hujan.
tadi hujan lebat . lebat gila
wangi . wangi nye bau rumput basah lepas hujan.

mungkin kita jarang perasan benda-benda kecil macam ni.
biasanya bunga yang wangi. sinonim.
dan rumput sekadar tempat kencing, berak dan pijak.
tapi kalau kita betul-betul , benda yang kita jarang perasan dan sering take for granted ini yang menyerikan hidup kita. yang bagi kita bau yang menyenangkan.

kari pasir

bulan ni aku plan nak makan pasir hari-hari
bosan dah dengan nasi .
at least boleh saving.
tak yah risau nak pergi makan jauh-jauh.
nak sayur makan rumput kat luar, rumput tu pon dah panjang.
rasa nak sedap sikit panjat pokok betik kat depan rumah,
nak daging boleh panjat bumbung sembelih keluarga musang yang tumpang menyewa atas siling rumah. siapa suruh tak bayar sewa.
gila lah january punya expences.

nak arammmmm.

sexy susan yang pink dan fat ass


harini balik kerja naik susan. bawak susan pegi taman bunga cari cacing.
oh baby