saya adalah seorang lelaki. dari kecil, mmg saya jarang kemana² dengan family. family kami tak pernah bercuti kemana². namun, saya tetap bersyukur dan sayang semua ahli family saya. ayah saya seorang yang kuat bekerja sehingga dia tidak bercuti. mak saya suri rumah. walaupun kami tidak kemana² saya kami tetap bahagia.
kekasih saya berlainan jenis. dia seorang perempuan. kami sudah lama jugak bercinta. dia agak berkemampuan. pada cuti² panjang sering bercuti bersama keluarga ke sana sini. luar negara dalam negara. yeah. kadang kala saya agak iri hati. tapi macam mana. rezeki masing². ramai yang mempunyai nasib lebih teruk dari saya.
oleh itu, saya meluangkan masa saya, keluar bersama rakan², melakukan minat saya. seni. mmm bersyukur Tuhan temukan saya dengan rakan² yang baik dan mempunyai minat yang sama . bukan rempit. bukan mat pet. pembunuh bersiri mahupon bomoh.
namun. ada sedikit masalah yang timbul. kekasih saya agak terganggu dengan aktiviti saya. jika dia lihat saya ketawa. senyum bersama rakan². pasti dia akan katakan.. kamu lebih gembira dengan rakan² daripada dengan saya. mmm padahal. pada masa yang sama . saya gembira sangat. saya sayang sangat kekasih saya. dia agak terganggu jika saya luangkan masa bersama rakan² saya. lalu saya berkata. kamu boleh la. keluar kesana sini waktu cuti. saya, kalau saya tak keluar dengan mereka. pasti saya duduk rumah dan jadi miserable. macam mana kalau saya tak bagi kamu keluar bersama family kamu. dia pula menjawab, ini family, saya tak pernah halang kamu keluar dengan family kamu. saya jawab...mmm tapi saya hanya mampu keluar dengan mereka je.
saya jadi pening. saya tak tau apa yang saya buat salah. mungkin saya salah tapi saya tak nampak itu salah saya. biasalah. mana ada orang nampak salah sendiri. bukan saya tak keluar dengan kekasih. kami keluar dating. tapi . cuma. seminggu sekali keluar. sebab kami kerap je jumpa. setiap hari pasti. saya sangat sayang kekasih saya. tapi. dia selalu je fikir dia seorang je yang sayang kan saya. mmm kenapa macam ni...
saya nak kluar main je. jumpa kawan². salah ke. bukan saya keluar bercurang. saya keluar pon dengan laki². urghhhh. takkan saya hanya boleh tersenyum dan gembira masa saya dengan kamu je.
1 comment:
maybe itu yg chenta hati saya rasa selama neh...sama jer jawapan korang..hurmmm
Post a Comment