kerja di hari raya


not bad kerja malam raya, cuma balik kerja letih x larat nak pergi sembahyang raya.
i baru dapat rest harini, semalam sampai kerteh jam 430 pm, dan 7 pm dah kena pergi kerja.
pagi tadi jam 7 am dah waktu kemuncak i, i tak tahan dan tidur lena waktu meeting.
i sedar bila semua orang gelak kan i. selamat hari raya. siapa-siapa kat kerteh ada buat makan-makan? i sorang je ni, lapaaaar.

amylea in wonderland


so, currently i sedang setelkan cover album untuk amylea azizan,
gadis kecil molek bersuara sedap ini. semalam fotoshoot di itudio,
wah. penat. lepas discussion, dia agree dengan cadangan i untuk alice in wonderland.
so, nah. ini percubaan pertama untuk cover album amylea comel.

drama (inside joke)

drama, aku cakap ini inside joke, sebab aku mesti gelak sorang setiap kali
dengar tentang benda ni.

hari-hari aku tengok,
hari-hari aku gelak.
orang-orang tua dah mula nak berdrama.

aku rasa benda ni dah lari tajuk habis,
kalau peperiksaan, karangan tentu dapat Z, jika ada Z.
tercorot.

kerja driver, memandu,
kerja chef , memasak,
kerja pemotong rumput, memotong rumput.

semua akan jadi kacau bilau jika , driver mula membajak sawah,
pemotong rumput mula menguruskan akaun syarikat,
dan driver lori cuba untuk mengemudi kapal terbang.

semua akan mati, terbabas, bankrap , cedera parah dan keracunan makanan.
tapi , itulah yang jadi sejak kebelakangan ni,
bila banyak photographer tua mula nak berdrama.
sinetron sana sini, jaja sana sini,
ungkit itu ini, kecoh sana sini,
gelagat yang rata-rata akhir dua puluhan,
semua macam sindrom . perangai seorang demi seorang.
seorang tua, pervert dengan haluan haluan dia yang konon sebelah lain.
seorang lagi tua dengan obses kejayaan sendiri, sibuk dengan kisah sama yang diulang-ulang.
paling funny ialah komen entry sendiri dengan menggunakan pelbagai nama,
dengan alasan "startegi pemasaran". miserable sangat tu.

come on,

pesan saya ,

1. jangan lupa mana lantai, sebab disitu kita akan jatuh tak kira setinggi mana kita terbang.
2. family adalah family, kalau kaya tapi sebatang kara, tak guna.
3. sedar diri bila dah tua. jangan buat benda funny lagi yang buat awak nampak bodoh sangat.

selamat beramal.

sejarah


2009

2008

2007

2007

2006


satu hari nanti, kalau buka buku sejarah, mesti ada kita.

tak perlu 100 atau seribu tahun, 4 tahun lepas pon sejarah, semalam pon sejarah.
sesuatu yang kita boleh lihat balik.
dan belajar.

bukan sesuatu yang perlu kita hafal dan lupa selepas peperiksaan.

oh baby, hitam nya you



nafsu tu memang naughty. rasa gatal kaki nak singgah sole what.
aku hampir-hampir sambar kasut bewarna silver yang boleh membantu memancarkan cahaya.
tapi lepas dipertimbangkan semula dan atas nasihat akak counter yang comel.

yes saya lebih suka baby kaler hitam.


*rupenye PF tu maksudnya posture foundation.

tarmizi zakaria



teringat waktu mula-mula sampai kerteh,
aku tak kenal sesiapa pun. datang sebatang kara, kereta takde , motor takde.
pada masa yang sama, ada lelaki berkulit gelap berumur 29 tahun, berasal dari kelantan register sama-sama dengan aku. waktu hari pertama di pptsb, aku dgn mizi tetidur sebab kena duduk dari pkl 8 sampai pkl 5 kat sofa di HR department.

jadi, di tempat baru ni aku kena cari rumah sewa . tapi aku takde kenderaan nak pergi cari rumah . jadi, selepas pkl 5, tarmizi hari-hari bawa aku dengan motorsikal dia pusing kertih dan paka cari rumah sewa. HARI-HARI.. sampai lah aku dapat rumah.walaupun sebenarnya, baru je kenal haritu. which is ahad, 17hb Ogos 2008.

first time tu, helmet pon aku takde. pakai safety helmet je.
lepas seminggu di terengganu, aku dapat dah rumah sewa di paka.
waktu tu, housemate aku ada kereta, jadi pergi kerja dan balik kerja hari-hari tumpang housemate, akmal.

cuma, waktu balik.. ofis aku habis kerja lebih awal setengah jam dari ofis akmal.
jadi setiap hari, lepas kerja, tarmizi akan teman aku depan gate sambil hisap rokok berbatang-batang tunggu akmal sampai. lepas akmal sampai ambik aku, baru mizi balik. perkara ni berlanjutan setiap hari sampai aku beli kereta.HARI-HARI..

waktu dia dapat duit lebih sikit main forex, dia belanja aku makan tengah hari.
tak pernah lokek.walaupun sepatutnya aku yang belanja mizi,
mana boleh anak buah belanja supervisor ...hmm

he was a great man, a good friend and a good sub.
hm. tapi pagi ni, 0830 hrs, 14th Nov 2009, aku dapat phonecall dari ofis, mizi dah takde.
meninggal dunia selepas accident di kemasek.

sekejap. sekejap je kalau tuhan tu kata,
mati, mati lah dia. tak sempat nak merasa nasi minyak mizi.
patutlah bila aku tanya, bila nak kawin, dia kata nak tunggu aku kawin dulu.
sebab kalau aku yang tunggu mizi, mesti tak kawin.

semoga arwah ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
you will be missed. definitely my friend.

Al-fatihah

sounds from the kitchen


lapar, tapi malas nak keluar makan. tak tau nak cakap apa.

saya tak mintak banyak pun, hanya nasi dgn sup tulang je.
haih. itupun susah.